" How wonderful is the case of the believer ( orang2 yang beriman). There is good for them in everything and this applies only to a believer. If prosperities ( good thing) attends him, he expresses gratitude (grateful) to Allah and that is good for him. And if adversityn(bad thing) befalss him, he endures (face,handle) it patiently and that is better for him." - Riwayat Muslim.
bertatih menuju ilahi...jommm!
Isnin, 16 April 2012
Sayang April (04)
Saya suka bulan April! Banyak hari lahir orang saya sayang :) April 14 1957, hari lahir abah saya - En. Hassan Adlee bin Satar. lagu untuk abah :)
Susah sikit nak berfeeling-feeling dengan abah ni, sebab anak perempuan sulung, mestilah ada cara berbeza untuk menyampaikan rasa kasih sayang mereka, dan itulah yang saya rasa.
Banyak, sebenarnya saya tak sependapat dengan Abah saya - maklumlah anak perempuan sulung yang setepek mukanya dan perangai sebijik macam abah mestilah tidak sependapat atau 1 kepala la konon,haha..bagi saya ,saya harus membina identiti tanpa diadun oleh mana-mana pihak tapi dalam diam sebenarnya banyak yang abah pengaruhi saya.
Saya rasa, Abah lebih kenal saya lebih dari saya kenal diri saya. Hah, macam telepati la pulak. Tapi itulah hakikat. Allah, moga Allah curahkan rahmat-Nya kepada Abah. Saya masih ingat lagi, dulu abah tanya mahu jadi apa, saya jawab mahu jadi juruterbang (berangan bukan main) - kemudian abah balas, "Hmm, mana ada muka juruterbang," dalam nada entah bergurau entah tak.
OK, sebenarnya agak touching la, tapi betullah cakap Abah - saya memang tak ada hati pun mahu jadi juruterbang. Dan selepas SPM pintu terbuka luas, Alhamdulillah, tetapi saya runsing. Kemudian Abah text saya,
"Angah ambillah yang mana-mana pun, abah sokong je. Yang penting kerja untuk agama Allah."
Allah. Betapa besarnya nasihat. Semoga saya terus tsabat dalam jalan ini. Lagi, saya masih ingat "insiden" saya melanggar kereta jiran sewaktu berlatih memandu kereta.
Kemudian, dalam sugul Abah datang mengetuk pintu dan berkata, tersenyum "Ha, senang tak jadi dewasa. Takpe, Abah uruskan nanti" Allah. Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang, tetapi Abah berbekal kudrat yang ada, membesarkan kami 3 adik beradik dengan sedaya mampu. Dia akan mendahulukan kepentingan anak-anaknya berbanding kepentingannya dan ibu. Untuk kami anak-anaknya.
Allah, tiada apalah yang mampu saya balas melainkan doa yang berpanjangan dan agar saya dapat berbakti kepada mereka setiap masa di saat saya mampu berdiri sendiri kelak. Amin.
Oh ye, saya jarang cakap benda ini kepada abah, Angah sayang abah! Hingga Hujung Nyawa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan