bertatih menuju ilahi...jommm!

bertatih menuju ilahi...jommm!

Selasa, 17 April 2012

Bintang-Bintang Dibumi..



Bintang-bintang di Bumi
Aamir Khan
saya sarankan, tolong cari dan tonton. [kredit]

Saya menonton sebuah cerita hindustan bertajuk "TAARE ZAMEEN PAR" (terjemahan: Bintang-bintang di Bumi) lakonan Aamir Khan. Saya bukan gila hindustan,tetapi saya tonton atas saranan tanpa langsung dari artikel menarik oleh Ustaz Hasrizal bertajuk Dyslexia: Andai Diriku Lebih Berusaha.


p/s: OK sekarang Aamir Khan secara rasminya menjadi artis Bollywood kegemaran saya.Cerita-ceritanya seperti Three Idiots, dan cerita yang saya sebut di atas memang TERBAIK.Hai, bilalah penerbit filem Malaysia  nak buat cerita dengan tema yang menarik.Tak habis-habis gangster, rempit, hantu, cintan. Ulang benda yang sama sahaja :/ OK berhenti merungut!!


Secara ringkasnya, Dyslexia atau disleksia merupakan satu masalah pembelajaran (Learning Dysfunction). Penyakit ini bukanlah perkara baru untuk saya, memandangkan dua orang adik saudara saya didiagnose menghidap penyakit tersebut. 


Penyakit? Saya kehilangan terminologi di sini, bukan penyakit. Cuma masalah. Masalah yang meminta mereka dan orang di sekeliling mereka untuk bekerja keras.
Personaliti mereka berdua agak berbeza sebenarnya. Si kakak itu lebih suka memendam danmenyendiri di rumah, manakala si adik lebih ekspresif dan aktif. Yang pasti, mereka mempunyai masalah yang sama dalam pembelajaran. Pada awalnya mereka susah membaca dan mengeja, sering terbalik huruf D dan B. Mempunyai daya kordinasi yang lemah, dan lain-lain simptom disleksia. 
[kredit]

Tetapi alhamdulillah, si kakak sudah lama reti membaca dan menulis begitu juga dengan si adik. Mereka juga ada diari! 
Dan sebab itulah, apabila Ustaz Hasrizal mengutarakan cerita ini dalam artikelnya, saya rasa sangat terpanggil. Untuk berkongsi pandangan dan kerisauan saya.


Mengenai adik sepupu saya yang pertama, beliau melepasi alam persekolahan seperti murid-murid lain yang biasa. Ibu saudara saya berpendapat,walaupun dia ketinggalan dalam banyak perkara, tetapi ada baiknya kerana dia bergaul dengan rakan-rakan yang normal.Sedikit banyak membantunya untuk menolak dirinya sendiri. Dan kini beliau bersekolah menengah seperti rakan-rakannya yang lain.
Adik saudara yang seterusnya pula, dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas di sekolah rendahnya.


Dan menunjukkan prestasi yang sangat mengagumkan, walaupun cara penilaian mereka bukanlah sama atau setara dengan rakan-rakan sedarjah,tetapi takkan kita mahu menilai gajah dengan menyuruhnya memanjat pokok bukan?Ini tidak adil.


Cerita saya

Alhamdulillah, saya bolehlah dikelompokkan dalam kalangan yang ber'nasib baik'. Kiranya, asal sahaja ada Anugerah Cemerlang, saya takkan ketinggalan,baik sekolah menengah mahupun rendah. Ke'nasib-baik'kan saya ini mendorong saya untuk memandang rendah, menjauhi mereka yang tidak se'aliran' dengan saya.Tidak, bukanlah saya mendiskriminasi orang lain kerana mereka tidak dapat hadiah, cuma saya masih ingat, sewaktu sekolah rendah saya akan semacam takut bergaul dengan rakan-rakan di kelas pemulihan.


Kerana di sekolah rendah, ketinggalan dalam pelajaran itu sering dikaitkan dengan kenakalan murid-murid.  Walhal, kesnya tidak semua begitu!
Apabila adik2 saudara saya sendiri yang berada di kelas pemulihan,saya mengerti, dan memahami.Bahawa bukan semua manusia dijadikan setara dari segi intelektual dan potensinya. 

Pendidikan

Alhamdulillah, ibu dan ayah saudara saya terbuka mengenai perkara ini. Mereka tidak menafikan kelemahan yang menimpa anak-anak mereka dan sering menyokong mereka. Cuma terkadang, seperti biasa kita keliru antara pencapaian dan prestasi. 


Ramai yang memandang output dan terlupa memandang proses, sedangkan Allah itu sering menilai proses kerana output itu tertakluk dalam budi rahmat dan rahim-Nya.


Membanding-bandingkan anak, sebenarnya bukanlah satu tindakan bijak. Ia boleh dijadikan motivasi, tetapi selalunya ia hanya mencederakan serta meratah keyakinan anak yang kurang ber"nasib baik". Kadang-kadang saya terlepas juga apabila hendak memberikan motivasi kepada adik-adik saudara saya yang lain yang malas belajar (baca: bukan kerana keterbatasan). Dan ditakuti pula akhirnya anak-anak hanya akan pasrah kepada realiti dan terus membiarkan diri mereka larut dalam kegagalan.


Benarlah pendidikan itu, baik anda ibu, ayah mahupun guru, malah abang atau kakak; jika anda senior ataupun naqib usrah, kita perlu insaf bahawa pendidikan bukan sahaja ialah menyampaikan dan memastikan mereka mampu menerima dan mengolah input yang diberi, tetapi juga memahami mereka.

Anak-anak seharusnya, baik mempunyai masalah atau tidak, dicungkil potensinya. Dan paling utama, diberikan pemahaman agama yang baik. Bahawa nilaian Allah itu yang utama, dan Allah tidak melihat kepada pakaian, rupa mahupun kepandaian. Tetapi hati. Mereka perlu diberi faham bahawa kelebihan yang ada perlu dimanfaatkan bersama bukan satu agregat untuk memandang hina mereka yang lain. 

Bagi saya, pendidikan seharusnya bersifat dua hala. Si pendidik harus sedia untuk memahami dan mencungkil potensi, manakala si dididik itu harus sedia menerimadan mengaplikasi. Lihat sahajalah Rasulullah SAW mendidik para sahabat, tidak sampai seratus tahun Islam sudah tersebar ke seluruh pelusuk arab -dan dalam tempoh kurang lima ratus tahun, Islam sudah menyentuh hampir 2/3 muka bumi! 


Soalnya...

Balik semual ke tajuk asal, disleksia. Kenapa saya menulis mengenai perkara ini sedangkan saya masih jauh lagi untuk mempunyai anak, apatah lagi menjadi Zaujah pun belum? 


Suka hati sayalah, blog saya!


Haha, tidak. Sebenarnya saya tersentuh - dan insaf - apabila menonton cerita di atas. Selaku kakak sulung tidak banyak yang saya buat untuk membantu ibu dan ayah saya mengurus adik-adik. Ya, kerana saya masih anak - tetapi itu bukan alasan.


 Bak kata naqibah usrah- (saya tak pasti ini dicedok atau ideanya) "anak sulung itu mencorak"
Pihak LGBT, mereka boleh bersuara untuk hak mereka. Boleh panggil Elton John.


Bagaimana pula untuk mereka yang kurang bernasib baik ini? Anak-anak Sindrom Down, Disleksia dan lain-lain masalah mental dan pembelajaran, bagaimanakan nasib mereka?Bersuara untuk kehendak mereka pun sudah menjadi satu beban untuk mereka,apatah lagi hendak bersuara demi hak mereka.


Memang mereka akan menerima taraf OKU dan menerima duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat - tetapikah adakah potensi yang mereka ada dibazirkan?
Cukupkah silibus yang kita ada sekarang untuk memastikan pendidikan yang para murid terima mampu menyediakan mereka untuk masa depan mereka?
Pendidikan bukan sekadar ini [kredit]
Apatah lagi dalam sistem pendidikan yang sempit dan menjulang nilaian gred lebih daripada nilaian ilmu itu sendiri - mampukah kita menghasilkan genius-genius hebat seperti Albert Einstein, Thomas Alva Edison dan Picasso yang masing-masing mempunyai masalah pembelajaran awalnya tetapi berjaya membolosi sistem dan menyerlahkan kehebatan mereka?


Setiap anak itu, merupakan bintang di bumi - dan terpulang kepada kita untuk memandang sinar mereka dengan penuh harapan atau hanya silau tak berpunca. Mereka perlu dibentuk menjadi bintang gah membentuk buruj yang bermanfaat buat sekalian manusia supaya tidak terasing menyepi sebagai bintang malap tak bernama.
Siapapun anda, anda mampu mengubahnya. 


Ya Allah bantulah kami menelusuri jalan ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan