bertatih menuju ilahi...jommm!

bertatih menuju ilahi...jommm!

Selasa, 24 April 2012

Doa Dapat menugubah TAKDIR..

Assalammualaikum...


Hidup penuh dengan cabaran.Seringkali frasa ini diperkatakan dari mulut ke mulut,tidak kurang juga dari bisikan hati manusia yang penuh dengan kekecewaan dek ketidakadilan duniawi.“Hidup harus diteruskan,walau seteruk mana pun keadaan kita”.Di sana sini,rakan-rakan rapat,sahabat handai serta ahli keluarga terdekat masih tidak jemu memberikan sokongan dan meniupkan semangat yang hampir terpadam.Tetapi bak kata pepatah “Berat Mata Memandang,Berat Lagi Bahu Memikulnya”.

Jika ini terjadi,kembalilah kepada fitrah manusia.Jika ini terjadi,jangan biarkan ia berterusan.Jika ini terjadi,berdoalah kepada Yang Maha Mendengar.Allah SWT lebih mengetahui segala apa yang tidak diketahui oleh hambaNYA.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah Ayat 30:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”

Kita tidak mampu mengubah benda yang lepas tetapi percayalah bahawa kita mampu mengubah benda yang bakal terjadi dalam hidup kita di masa hadapan.Manusia adalah makhluk yang paling cantik,manusia adalah makhluk yang paling sempurna dan manusia juga adalah makhluk yang paling hebat ciptaan Allah SWT.Lebih hebat dari para malaikat yang bercahaya gemilang,lebih hebat dari para jin yang tidak bisa dilihat dengan mata kasar,apatah lagi jika dibandingkan dengan iblis dan syaitan yang penuh kesesatan.Sesungguhnya,manusia sangat hebat!

Setiap yang terjadi kepada setiap manusia yang diciptaNYA mempunyai sebab musahab yang tertentu.Tidak diciptakan Allah SWT seorang anak Adam itu jika tanpa tujuan.Merekalah khalifah yang selayaknya untuk memerintah alam semesta seiring dengan rujukan ilmu Al-Quran dan Hadis yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada para utusannya,iaitu para nabi pilihan Allah SWT.

Kita sering merungut dengan keadaan diri kita yang tidak sesempurna orang lain.Lebih selesa merasakan yang kita tidak sebertuah orang lain.Tidak sekaya orang lain.Tidak secerdik orang lain.Kita kadang-kadang jemu dengan permainan dunia tanpa menyedari bahawa kita diciptakan di dunia ini adalah untuk mengumpul bekalan hidup yang kekal selamanya di akhirat kelak.Akibat daripada perasaan bosan dan jemu yang berpanjangan ini,kita lupa tentang tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT.Maka,timbullah soal,
“semuanya takdir”,
“apa boleh buat,sudah tertulis di Loh Mahfuz,ikut qada’ dan qadar sajalah”
dan
“dah nasib!”

Hari ini,kita masih lagi tidak memahami konsep sebenar takdir serta qada’ dan qadar Allah.Hanya sesetengah sahaja yang sudah memahami maksud TAKDIR dengan sepenuhnya.Memang,kita sebagai khalifah di muka bumi ini tidak dapat menyangkal bahawa setiap yang berlaku adalah takdir daripada Allah SWT.Tetapi kita sering tersalah anggap bahawa apa yang telah ditakdirkan kepada kita tidak dapat diubah.Ia tidak akan berubah kerana sudah tertulis di atas ‘sana’,kun fa ya kun.Itu memang benar dan sahih.Tetapi lupakah kita bahawa takdir dapat diubah dengan doa?Inilah yang dikatakan dengan “The Power of Doa”.

Berita gembira buat semua makhluk Allah SWT di muka bumi ini,anda masih mempunyai peluang untuk mengubah takdir anda.Tiada yang lain dapat anda lakukan,melainkan berdoa kepada Allah SWT.Sesungguhnya Allah SWT mendengar setiap rintihan sayu hamba-hambaNYA yang meminta.Bahkan,Allah SWT ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-hambaNYA kerana Allah SWT terlalu menyayangi kita.SubhanaALLAH,masih tidak sedarkah kita lagi dengan kasih sayang dan cinta yang ditawarkan olehNYA?Terlalu mendalam,lebih hebat cintaNYA jika dibandingkan dengan cinta seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 186:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu,maka hemdaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran”

Dan Allah SWT berfirman lagi di dalam surah Al-Mukmin ayat 60:
“Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu”

Kadang-kadang,kita sering tertanya-tanya mengapakah doa kita masih belum dikabulkan walaupun kita sudah kusyuk dan tawadduk semasa berdoa?

Antara sebab-sebab doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah SWT adalah kerana :
Pertama: Kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan suruhannya.
Kedua: Kamu menyangka kamu cintakan Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan  sunnah.
Ketiga: Kamu membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan isi kandungannya.
Keempat: Kamu telah makan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam:kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Ketujuh: Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak menjauhinya.
Kelapan: Kamu telah berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
Kesembilan: Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa akan keaiban diri sendiri.
Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.

Rasulullah juga bersabda:
“tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu imam (pemerintah) yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi yang diangkat doanya oleh Allah tanpa ada sebarang kabus pada hari akhirat dan dibukakan pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “demi dengan kemuliaanku, aku akan member kemenangan kepadamu walaupun selepas satu jangka masa” – Riwayat Ibn Majah dan Al-Tirmizi.

Rakan-rakan yang disayangi sekalian,kadang-kadang Allah SWT tidak mengabulkan doa-doa yang dipinta oleh hamba-hambaNYA kerana DIA mahu memberikan yang lebih baik berbanding dengan apa yang dihajati oleh mereka.Kerana DIA tahu apa yang terbaik buat kita umat manusia.Dan kadang-kadang,Allah SWT sengaja melambatkan tempoh untuk mengabulkan doa kita.Kenapa?Kerana,DIA mahu melihat sejauh mana kesungguhan dan sedalam mana sifat sabar hamba-hambaNYA dalam meminta sesuatu daripadaNYA.

Maka,sebagai manusia yang terlalu banyak sifat kelemahan pada diri sendiri,kita haruslah sentiasa beristiqamah dalam setiap doa.Berdoalah tanpa ada sifat berputus asa kerana orang yang mudah berputus asa adalah orang yang rugi dalam kehidupannya.

10 waktu yang sesuai untuk berdoa :
1. Ketika hujan.
2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)
4. Antara azan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)
5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6. Ketika sujud dalam solat.
7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9. Sepanjang hari Jumaat.
Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Pesanan daripada ayahanda tercinta saya kepada puteri tunggalnya ini :
“Antara salah satu sebab Allah SWT tidak mengabulkan doa-doa kita adalah mungkin ia bersangkut-paut dengan aurat kita.Kerana,kadang-kadang kita merasakan bahawa kita sudah cukup sempurna dalam menutup aurat.Tetapi di pandangan Allah SWT,masih ada lagi bahagian yang tidak kita sedari bahawa kita belum menutupnya dengan sempurna.Mungkin kerana itulah doa kita belum ‘sampai’ kepadaNYA”.

Wallahualam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan