bertatih menuju ilahi...jommm!

bertatih menuju ilahi...jommm!

Sabtu, 21 April 2012

keizinan ibu..



Assalamualaikum.....masih teringat lagi kisah petang tdi bersama ibu...




Alhamdulilah..hampir seminggu diriku menghabiskan cuti di kampung,berehat sepuas-puasnya,mungkin selepas ni kesempatan sebegini jarang sekali akan ku dapat ,melainkan bercuti kerana semester break.


petang tadi,sewaktu mengemas pakaian dan barang2,walaupun rasa berat sangat nak balik ke tempt yang harus ku tuju dan mulakan rutin harian sebagai pelatih pegawai perubatan di hospital serdang dalam masa yang sama,bertungkus-lumus membuat persedia menghadapi peperiksaan final, insyaAllah jika jadual tidak berubah akhir jun nanti..hurmm..ketawa kejam melihat ku belajar.itulah tugas yang wajib dan amanah untukku sebagai seorang pelajar dn membawa seribu harapan kedua ibu bapa tersayang.Demi merekalah diriku masih kuat berdiri disini menjalani dugaan cabaran yang di hadapi. Moga Allah permudahkan hari-hari ku.Ameen..:)




Ibu,masuk ke bilik ku dan sedikit sebanyak menolongku memasukkan pakaian di dalam beg,nyata ibu masih ingat kelemahan ku,hehe..terasa seperti pelajar sekolah yang akan dipaksa balik ke sekolah asramanya.haha.


Tiba-tiba ibu mengusap rambut ku dan memegang umbun2 ku.Terasa bahagia sangat dapat bermanja dengan ibu seperti kanak-kanak berumur 5 tahun.dalam hati terasa seperti ada sesuatu yang ibu mahu menyuarakan."hati ku tertanya-tanya". kemudian ibu menyuarakan


kakak..tidak lama lagi sesiapa pun boleh ambil kakak dari ibu..."diriku seperti ada beribu tanda tanya"
hurmmm..kenapa ibu,ibu mahu bagi kakak kat siapa "soal ku balik..buat2 tidak memahami'hehe


ibu bertanya:
 dalam hati kakak ada sesiapa tak?? 
Aku: hmmm..terdiam seketika.tidak menyangka yang ibu akan tanyakan soalan itu..soalan yang amat jauh dari kotak fikiran ku untuk memikirkan tentang itu..cukup hanya Aku tahu hanya ada Allah,ibu ayah,adik bradik & kawan sahaja dalam lubuk hati ini..


kakak...


ibu,tidak kisah siapa pun pilihan dan calon kakak,ibu tidak memilih.ibu tahu bila anak ibu sudah buat keputusan,maka itulah pilihan tetapnya,anak ibu dah boleh fikir sebaiknya bukan?


tetapi biarlah pilihan anak ibu itu..boleh mendidik dan membimbing anak perempuan ibu..dan yang boleh bawa anak ibu kecapi cinta Allah.dan boleh bahagiakan anak ibu dan cucu2 ibu kelak..
insyaAllah.ibu dan ayah akan merestui.


Allah..besarnya nasihat ibu..:("dalam hati dah macam air hujan da'


hanya mampu ku katakan...
terima kasih ibu...insyaAllah,


dalam hati berkata..
ibu...izinkan kakak berbakti kepada ibu dan ayah dahulu,memberikan kesenangan kepada bu dan ayah dahulu sebelum anak ibu ini melangkah ke arah itu..


izinkan kakak..membahagiakan ibu,ayah dan adik2 dahulu..


masih ada tugasan yang diriku belum laksanakan..
mudah-mudahan..ALLAH permudahkan..Amin..T_T













Tiada ulasan:

Catat Ulasan