bertatih menuju ilahi...jommm!

bertatih menuju ilahi...jommm!

Rabu, 18 April 2012

Assalammualaikum Cinta....waalaikummusalam Rindu..





Assalammualaikum Cinta....
waalaikummusalam Rindu...







-Habis macam mana?-

kita kahwin sahajalah.Syahidah terkedu. Dia hairan dengan jawapan Habil, yang dkira terlalu ekstrim, melampau. Dia hanya menegaskan yang sudah pasti guru-guru mereka akan mempersoalkan tindakan mereka yang sama-sama menaiki satu kereta, tambahan pula hanya mereka berdua! Dia tahu, Habil kesian dengan keadaan dirinya, bergegas menaiki pengangkutan awam untuk ke bekas sekolah mereka, Sekolah Seri Islam.-Enta jangan bergurau, ana serius ini.


Sekonyong-konyong, Habil tidak memberi sebarang respon malah terus keluar dari talian. Syahidah pelik, dia tahu, Habil ini berprinsip orangnya. Maklumlah , bekas presiden BADAR sekolah. Tetapi, mungkin 5 tahun di United Kingdom sudah merubah sikapnya. Daripada apa yang dia dengar, Habil begitu aktif dalam perjuangan dakwah sebagai pelajar di UK. Syahidah pusing, pening dengan sikap Habil yang dikira terlalu pelik baginya. Dia faham, Habil jelas hukum-hakamnya, malah mereka pun tidak akan berhubung melainkan hal-hal yang dibenarkan syara’. Dan kali ini, mereka berdua sibuk untuk menganjurkan kem untuk pelajar tingkatan 5 di Sekolah Seri Islam.Syahidah terus menutup komputer riba, mengambil wudhu dan bersiap untuk tidur. Dia cuba untuk melelapkan mata, namun gagal. Dia mengambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu. Kursornya ditekan ke bawah, mencari nama yang amat familiar baginya.

HABIL. Butang OK ditekan dan mesej tu dihantar.Kita kahwin sahajalah. Kat-kata itu bermain di fikirannya. Syahidah bungkam. Nikah bukan perkara main-main, nikah menuntut komitmen daripada dua insan melalui komitmen mereka melansungkan sunnah nabi, meneruskan kelansungan zuriat, demi Allah, Tuhan pencipta manusia. Kenapa Habil melontarkan idea yang sebegitu? Kalau hendak bergurau pun, tidak kena tempat!


                                                 

Habil terasa getaran daripada telefon bimbitnya. Dalam kegelapan, cahaya daripada telefon bimbitnya melimpahi wajahnya. Dia tersenyum.Kenpa enta cakap macam itu? Maafkan ana kalau emo, tapi that crosses the line you know.



Habil tahu Syahidah akan bersikap demikian. Sepanjang persekolahan Habil, sentiasa menghormati Syahidah. Pemikirannya jelas ditampung Al-Quran dan As-sunnah. Syahidah seorang wanita yang istimewa, bukan kerana rupa parasnya, tetapi kerana apa yang diperjuangkannya. Keterampilannya sebagai seorang muslimah telah lama memikat hati Habil. Tetapi, itu bukanlah alasan untuk Habil menjalin sebarang hubungan dengannya kerana NabiJunjungan bersabda tiada yang selayaknya bagi dua orag yang bercinta melainkan nikah. Habil sudah lama menyimpan perasaan kepada Syahidah tetapi dia tahu masa depan itu di dalam kekuasaan Allah, apa-apa sahaja boleh berlaku sebelum tiba masanya Habil sedia bernikah.



Setelah lima tahun pengajian di perantauan, dan kini sedang bekerja untuk penajanya, PETRONAS, Habil merasakan dirinya sudah bersedia untuk bernikah. Dan dia merasakan Syahidah juga begitu.



5 tahun, mereka berpisah membawa haluan masing-masing. Habil di United Kingdom, Syahidah di Ireland dalam bidang perubatan. 5 tahun, Habil memendam perasaannya, dan yang menjadi sumber berita akan keadaan Syahidah hanyalah adiknya Zahra’,yang kebetulan pernah belajar di Sekolah Seri Islam, sentiasa berhubung dengan Syahidah. 5 tahun, Habil berbolak-balik menimbangkan keputusannya. 5 tahun, dia hanya berdoa agar Syahidah dijodohkan dengannya, hendak diberitahu terus, tidak berani, sehinggalah sebentar tadi.


                                            

Seminggu setelah peristiwa itu berlaku.“tettet, tettet..” Telefon bimbit Syahidah berbunyi. Mesej daripada Habil. Syahidah menarik nafas dalam-dalam lalu membuka mesej tersebut. Punat OPEN ditekan. Syahidah membaca mesej.-Ana on the way. Baik enti siap-siap. Kita akan ke sekolah nanti.Syahidah kelu. Why on earth is him? Sudahlah semalam menimbulkan kontroversi, namun kali ini dia memang sudah bertindak keterlaluan! Datang ke rumah begitu sahaja tanpa kerelaannya. Syahidah membiarkan mesej Habil tanpa dibalas. Dia berkira Habil memang mencari pasal. Syahidah tekad, jika Habil datang sekalipun, dia tidak akan keluar rumah.



Syahidah menghadap komputernya, dan membuka peti simpanan e-melnya. Akhirnya, emel yang dia nantikan telah tiba. Dia bingkas bangun dan memanggil ibunya.“Ibu, ni, Ida dapat...” sebelum sempat Syahidah menghabiskan ayatnya, ibunya pantas memotong.



“La, kenapa tak siap lagi? Cepat-cepat..” Tiba-tiba kedengaran salam dilaungkan. Suara perempuan. Bingkas ibunya meninggalkan Syahidah terkontang-kanting, kehairana. Syahidah balik ke bilik dan bersiap-siap sepertimana disuruh ibunya.Kedengaran suara riuh-rendah di tingkat bawah rumahnya. Dia turun dan kelihatan ibunya duduk di samping seorang wanita. Kelihatan Habil duduk di antara seorang lelaki yang lebih tua dan Zahra’. Zahra’ melambai-lambai kegirangan.“Ini ha, tuan punya badan dah sampai.” Ayah Syahidah bersuara. Habil tersipu-sipu dicuit Zahra’.



Syahidah mencuit paha ibunya sambil bertanyakan situasi sebenar. “La, kamu tak tahu ke? Habil beritahu mak jangan beritahu kamu, mereka datang merisik ni!” Tidak semena-mena muka Syahidah naik kemerah-merahan.Tiba-tiba Zahra’ menyahut, “Abang Habil tak bergurau la kak,”Syahidah bingkas bangun dan meminta izin tetamu istimewanya untuk ke dapur. Mukanya masih merah lagi dan laju sahaja langkahnya menapak ke dapur. Ibunya segera mendapatkannya.



“Kenapa kamuini, Habil tak beritahu kamu?” ibunya bertanya.“Mana ada mak, dia cakap nak ambil Ida ke sekolah. Ida mana setuju. Dia tak kata pun nak datang... errr.. nak datang merisik.” Syahidah memalingkan mukanya daripada wajah bening ibunya.



“Ish, Habil ini pun satu. Sebenarnya sudah sebulan Habil memberitahu hal ini pada ibu dan ayah. Dia telefon kami dan menyatakan hasratnya untuk menikahi kamu. Hmm, Ibu tahu anak mak ini sudah bersedia... lagipun Habil suruh rahsiakan perkara ini daripada kamu.” Tangan ibunya lembut membelai wajah Syahidah. “Kamu setuju tak?”



Syahidah tersipu malu. Habil memang terkenal dengan perwatakannya. Malah sewaktu di sekolah dahulu, dia dalam diam mengagumi kredibilitinya.Sudahkah aku bersedia? Syahidah bermonolog kepada dirinya. Dia memandang ibunya. “Izinkan Ida istikharah dulu,”



Syahidah menaiki anak tangga, masuk ke biliknya. Memandang sahaja komputer ribanya, dia tiba-tiba teringat, dia baru sahaja menerima tawaran untuk sambung belajar di Australia untuk peringkat Master! Allah, dia beristighfar, dengan keadaan sebegitu, dia buntu. Hendak diberitahu ibunya, dia sibuk melayan tetamu.Hanya satu penyelesaian, dia beristikharah. Memohon petunjuk dari Allah.20 minit kemudian, Syahidah turun. Semua wajah menatapnya, kecuali Habil. Oh, Syahidah memang tahu Habil ini tinggi akhlaknya. Syahidah membisikkan sesuatu kepada ibunya. Ibunya, senyum pun tidak masam pun tidak, hanya mengangguk tanda faham. Kemudian ibunya pula menyampaikan kepada ayahnya.



“Beginilah,” Ayah Syahidah bersuara. “Haji Malik, Puan Fatimah, Habil... kami nak meminta tangguh... Maafkan kami, tetapi anak kami perlukan masa untuk berfikir. Dia baru sahaja mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Australia Februari depan.”



“Pak cik, maafkan saya. Boleh saya bercakap sedikit,” Habil tba-tiba bersuara.“Silakan, nak,” Ayah Syahidah memberi kebenaran.“Beginilah pak cik, mak cik. Saya minta maaf kepada Syahidah atas keputusan yang sebegini drastik. Sudah banyak kali saya istikharah dan saya yakin apa yang saya buat ini betul... Cuma saya sendiri terkejut yang Syahidah akan ke Australia. Hmm, saya sanggup biarkan dia pergi belajar ke sana walaupun jika dia sudah menjadi zaujah saya kelak. Malah, jika mahu saya tunggu di habis belajar pun, saya sanggup tunggu. Dan mungkin, jika Syahidah sudah menjumpai lelaki yang lebih baik untuknya kelak di Australia, saya tak akan tuntut apa-apa. Saya ikhlas mahu beristerikan Syahidah melalui cara yang digariskan sunnah. Sama ada, kami bernikah sebelum dia ke Australia atau selepas balik Australia. Walaupun mungkin ada kemungkinan... errr... yang kami mungkin tidak akan bersama jika Syahidah pergi tanpa bernikah, saya tak setuju untuk kami bertunang dahulu. Tempoh itu terlalu lama, dan mungkin menyeksa nurani Syahidah kelak dan mendatangkan fitnah. Kalau boleh saya memang mahu mengikutnya ke Australia, tetapi saya terikat dengan penaja. Sekarang terpulanglah kepada Pakcik, Makcik dan Syahidah untuk menentukannya. Demi Allah saya tidak akan mempertikaikannya.” Panjang lebar Habil memberi penjelasan.Syahidah tersedu-sedu menahan esak. Tidak pernah dia mengalami keadaan sebegini. Dia mengadu dalam hati, Ya Allah, aku tidak mahu untuk mengecewakan lelaki yang ikhlas mahu menikahiku.                                                      

                                          


Dalam hati, Habil berdoa, Ya Allah, jika memang Syahidah untukku, maka dekatkanlah hatinya kepadaku. Jika dia bukan milikku Ya Allah, kau lindungilah hati kami dan jauhkanlah kami dari maksiat. Sesungguhnya Kaulah yang berkuasa ke atas sesuatu dan mengetahui apa-apa yang tidak kami ketahui.Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan