bertatih menuju ilahi...jommm!

bertatih menuju ilahi...jommm!

Khamis, 13 September 2012

Kemanisan penantian hanya kerana "Dia"


ADAKALANYA kita terkapai-kapai keseorangan menghadapi kegetiran hidup. Sangat sukar untuk berkongsi derita dengan insan sekeliling. Jadikan mutiara kata ini sebagai penguat hati seandainya kesedihan berlabuh di hati tatkala ia semakin lemah dan kalah.

  Sekiranya seorang perempuan tidak menemui lelaki yang sesuai dan baik untuk dijadikan teman hidup, adalah lebih baik dia menjaga diri dan tidak berkahwin dengan lelaki yang tidak berakhlak dan tidak beragama.

Hidup merupakan pinjaman daripada ALLAH S.W.T. Rutin hidup manusia tidak jauh berbeza di antara satu sama lain. Kita akan celik mata dan terjaga dari tidur dan akan tidur kembali untuk bangun keesokannya.

Jadikan hari ini hari yang terbaik buat kita dan lakarkan yang lebih baik daripada semalam. Janganlah menyeksa diri hanya kerana lelaki yang tidak taat pada agama. Dapatkah dia menyejukkan hati ini andai dia seorang yang tidak menunaikan solat dan tidak tahu tanggungjawabnya sebagai suami?

Dapatkah kita mendiamkan hati yang meronta-ronta untuk berubah menjadi hamba yang taat kepada ALLAH S.W.T sedangkan si suami tidak mengizinkan sedemikian kerana dia ingin kita bergaya, berhias sehingga menolak tepi batasan aurat yang digariskan? Sanggupkah kita mengorbankan keinginan semata-mata kerana permintanya itu?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Jika masih tiada, bererti belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat, dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Jodoh itu adalah ketetapan ALLAH S.W.T. Tiada siapa tahu siapakah jodohnya atau bilakah jodohnya akan datang dalam hidupnya. Sepanjang penantian ini, isilah kehidupan dengan perkara yang bermanfaat.

Sindiran dan kutukan daripada orang sekeliling tidak akan menyebabkan kita berkudis dan patah kaki. Teruskan hidup dan teruskan berdoa. Sepanjang menanti jodoh, bukalah hati untuk mencintai Rasulullah s.a.w kerana mencintai baginda akan menyempurnakan iman seseorang. Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling layak mendapat cinta kita!

Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita dalam doa- doa selepas solat dan dalam sujud. ALLAH itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji- NYA kerana kita adalah orang yang beriman.

Tiada penawar terbaik untuk mengatasi kesedihan kecuali solat. Kerana ia menjadi doa dan itulah kekuatan dan merupakan jambatan yang menghubungkan permohonan kita dengan ALLAH S.W.T.

Menurut Iman Ghazali, “Solat tahajud ataupun qiamullail adalah solat para nabi. Bangunlah pada malam yang akhir dan gunakan waktu itu untuk meminta hajatmu nescaya akan segera ditunaikan ALLAH.” (Dipetik daripada Wasiat 4 Imam/ penulis Abu Ahmad Yasin).

Bangun berwuduk dan kemudian bersolat tatkala insan lain sedang lena tidur adalah kekuatan yang harus dikekalkan. Hanya mereka yang menjadikan ia sebagai satu amalan akan dapat merasakan kesannya. Pada waktu ini curahkanlah apa sahaja yang kita ingin curahkan kerana di kala ini ALLAH benar-benar sedang mendengar keluhan dan sangat dekat dengan kita. Yakinlah bahawa ALLAH  S.W.T sedang mendengar dan bersabarlah untuk dikabulkan doa yang dipinta. Jika ALLAH  S.W.T boleh bersabar dengan kita untuk kembali kepada-NYA semula, kenapa tidak kita?

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan “tartil”. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya KAMI akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).  Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. -Al-Muzzammil: 1-6

§   Ketika kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal pula mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Lalu kita pun mengeluh, “Alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.” Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga akan datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Dapatkah difahami kiasan tadi? Kiasan tersebut menerangkan bahawa kita sering berasa betapa bertuahnya mereka/orang lain yang mempunyai keluarga atau memiliki sesuatu yang tidak dapat kita miliki sedangkan mereka ini pula merasakan betapa bertuahnya menjadi diri kita; iaitu bebas dan dapat melakukan apa yang diingini tanpa dibebani dengan tanggungjawab yang sedang digalas.

§  Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila kita gagal melaksanakannya, bererti kita membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramai pula yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika berasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu kerana kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Fikir-fikirkan...

§  Mutiara ini adalah merujuk kepada sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, persediaan perlu ada dalam diri individu. Persediaan yang dimaksudkan adalah ilmu pengetahuan tentang perkahwinan. Belajarlah selok belok ilmu rumah tangga sebagai pedoman pada masa hadapan. Jika tidak pandai memasak, belajarlah memasak. Jika tidak tahu bagaimana menjadi suami atau isteri yang baik, tuntutlah ilmu daripaada mereka yang berpengalaman. Ambillah yang positif dan ketepikan yang negatif.

Kadang kala ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya ALLAH hendak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuhselagi ketenangan masih dapat dikecapi. Jiwa yang pasrah masih mampu bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pasti akan sembuh selagi iman terselit di dada.

Mutiara kata ini mentafsirkan bahawa janganlah ber- sedih terlalu lama kerana masa yang bakal kita lalui akan mengubati luka yang ada. Selagi iman masih di dada, selagi itulah kita harus percaya bahawa kita masih mampu untuk bangun dan berlari mengejar harapan sehingga berakhirnya sebuah kehidupan.

Biarlah datang pelbagai bentuk dugaan yang menghentam sanubari, selagi iman masih di jiwa, tidak mungkin kita akan kalah! Katakanlah pada diri, tiada apa yang menakutkan kita selepas ini kerana kita telah berjaya melalui kepahitan yang sangat hebat dalam hidup. Katakan pada diri, “Akulah wanita yang terhebat dan cekal dalam perjalanan hidup ini.”

 Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Pengetahuan dan pengalaman hidup haruslah sebati dalam kehidupan. Dalam membuat keputusan gunakanlah kekuatan akal yang diisi dengan pengetahuan yang secukupnya. Janganlah membuat sesuatu keputusan tanpa melakukan pertimbangan. Seandainya berada di jalan buntu sehingga sukar memilih, janganlah malu merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman. Itulah yang terbaik dalam menyelesaikan kecelaruan.
 Tidak guna adanya mata andai tidak dapat melihat, tidak guna adanya hati kalau tidak tahu menilai. Maka nilailah hati itu dengan teliti sebelum mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati. Janganlah menyesali sesuatu yang telah pergi kerana sangat sukar untuk mencari jalan kembali.

Sebagai wanita, gunakanlah akal dan pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat keputusan. Nilailah perkara positif dan negatif sejujurnya melalui hati yang tulus. Ikhlaskan hati dengan sebarang kesan yang bakal dihadapi.

Setelah berbuat keputusan berserahlah kepada ALLAH S.W.T. Anggaplah dan yakinkan hati bahawa itulah keputusan yang terbaik. Teruskan berjuang dan jika berasa lelah di perjalanan hidup, mohonlah kepada ALLAH S.W.T agar dikurniakan kekuatan meneruskan perjalanan. Insya-ALLAH, ALLAH  S.W.T akan datang untuk menghulurkan tongkat dan tidak akan membiarkan kita dalam kesusahan.

Seekor serangga diberikan sayap oleh ALLAH supaya  boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberi kecantikan supaya dengannya dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar (andai memilih jalan mungkar) untuk diberikan balasan setimpal di akhirat kelak.

Lihat saja kehidupan glamor insan di keliling kita. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika kita berwajah ‘biasa-biasa’ sahaja, setidak- tidaknya kita bebas daripada rasa riak dan takbur. Janganlah memburukkan kecantikan dalaman apabila sering mem- pertikaikan kerja penciptaan TUHAN, sebaliknya terus- terusanlah memuji kecantikan penciptaan yang telah dikurniakan, kerana pujian kita pasti akan mempamerkan keindahan kita jua kelak.

  “Senyumlah kembali dan kesatlah air matamu kerana setelah jatuh air mata yang mengalir laju-laju, pasti dengan cepat dan pantas empangan matamu akan kering-kontang.” Apabila kita mahu menangis, keluarlah tangisan itu sepuas-puasnya untuk satu jangka masa yang telah ditetapkan. Mengapa harus menafi kan hak untuk menitiskan air mata?

Menitiskan air mata bukan melambangkan kelemahan sebaliknya menggambarkan bahawa kita telah terlalu lama bertahan dengan ujian yang melanda dan itulah waktu yang tepat untuk meraikan ketabahan. Menitiskan air mata dalam doa adalah lebih indah nikmatnya, kerana kita berkongsi rasa dengan ALLAH S.W.T. Tiada hijab yang boleh mengekang doa kita dengan-NYA. ALLAH S.W.T pasti mengerti, kerana DIAlah yang mencipta kita.

Setelah sampai tempoh, berhentilah menangis dan kembalilah tersenyum. Tunjukkan kepada dunia, selepas mendung berlalu kita masih mampu berdiri seperti pelangi dan tidak sekali-kali mengaku lemah!

Bicara Kata  “YA” dan “Tidak”

Di dalam hidup ini adakalanya kita harus menetapkan jawapan di antara ya dan tidak. Katakan ya bagi sesuatu yang baik dan tidak bagi sesuatu yang akan mendatangkan kemudaratan. Menjadi asertif (berkeyakinan) adalah benteng terbaik dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Katakanlah:
·        TIDAK... Bagi perbuatan yang dapat mensia-nsiakan umur, seperti membalas dendam dan berselisih faham dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya. Biarlah ALLAH  S.W.T yang menghakimi segala perbuatan mereka yang pernah menyakiti diri. Bersabarlah dengan penganiayaan yang terjadi ke atas diri.
·     TIDAK... Bagi sikap yang lebih mengutamakan harta benda dan mengumpulkannya sehingga menjejaskan kebahagiaan dan waktu istirahat. Harta dunia tidak mampu membeli ketenangan tetapi harta akhirat dapat menjamin ketenangan abadi. Harta dunia akan selalu meresahkan apabila kekurangan dan apabila berlebihan akan selalu membuatkan rasa tidak mencukupi.
·     TIDAK... Bagi perangai yang suka mencari kesalahan orang lain, membuka aib orang (ghibah) dan menyembunyikan aib diri sendiri. Perbuatan suka memalukan orang lain akan mencantas sedikit demi sedikit kecantikan meskipun kita sedang memburukkan orang lain. Apabila tidak mampu menjaga mulut daripada mengeluarkan perkara yang tidak baik adalah lebih baik berdiam diri agar tidak menyakiti hati orang lain dan menyelamatkan diri daripada berbuat dosa kering.
·     TIDAK... Bagi perangai yang suka hidup dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginan tanpa memikirkan baik dan buruk kerana akhirnya akan membinasakan kehidupan. Hawa nafsu ini jika tidak dijaga, dikawal dan dipenjara pasti akan memakan tuan. Ketahuilah, hawa nafsu inilah mampu menjauhkan diri dengan Pencipta.
·    TIDAK... Bagi sikap yang selalu menghabiskan waktu dengan sia-sia kerana ia menyebabkan hati menjadi semakin lalai mengingati akhirat. Sesungguhnya ALLAH  S.W.T pernah menyatakan bahawa manusia itu selalu kerugian kerana membazirkan masa yang ada dalam kehidupan. Tidakkah kita berasa detik-detik masa yang sedang lalui ini semakin pantas bergerak? Maka, isilah masa itu dengan sebaiknya.
·    TIDAK... Bagi mereka yang kurang mementingkan aspek kebersihan dan keharuman tubuh kerana ia mampu membuatkan orang menjauhkan diri. Itulah yang seorang perempuan harus utamakan, kerana bukankah perempuan itu selalu dikaitkan dengan kecantikan?
·    TIDAK... Bagi setiap minuman haram, rokok dan segala sesuatu yang kotor dan najis kerana ia akan meninggalkan titik hitam di hati seterusnya menggelapkannya sehingga begitu sukar melihat sesuatu melalui mata hati yang jernih. Tidak sukar menjadi pengurus diri sendiri. Apabila ALLAH S.W.T sudah menggariskan do and don’t maka, patuhilah kerana ALLAH itu Maha Mengetahui. Pengetahuan ALLAH S.W.T itu tidak terbatas. Pasti ada sebabnya kenapa ALLAH menurunkan sesuatu hukum haram dalam kehidupan.
·    TIDAK... Bagi sikap yang selalu mengenang kembali musibah atau dugaan yang telah lalu, bencana yang telah terjadi, atau kesalahan yang terlanjur dilakukan kerana ia hanya akan meninggalkan kita dalam satu lubang paling dalam dan membuatkan teraba-raba dalam kegelapan itu. Bangunlah kembali daripada kesalahan tersebut dan perbaikilah sebaik mungkin. Berdoalah semoga ALLAH S.W.T akan kembali merahmati kita. Percayalah, kita tidak akan hidup dengan tenang selagi tidak meraih kembali kasih sayang ALLAH  S.W.T.
·     TIDAK... Bagi tindakan yang melupakan akhirat, yang lalai membekali diri dengan amal soleh sebagai hantaran akhirat, dan yang lengah daripada peringatan tentang kedahsyatannya. Kiamat pasti berlaku dan hari perhitungan pasti akan kita hadapi, persiapkanlah diri untuk hari pertimbangan itu. Tiada siapa yang dapat menyelamatkan melainkan diri sendiri.
·    TIDAK... Bagi perangai yang sukakan pembaziran kerana sikap membazir itu adalah amalan syaitan. Sesungguhnya di luar sana, masih ramai yang memerlukan pertolongan. Berjimat cermat adalah dituntut tetapi janganlah sehingga terperangkap dalam sifat bakhil. Jadilah seorang yang beringat dan berwaspada kerana kisah takdir kita ditentukan ALLAH  S.W.T. Berkongsi kesenangan dengan orang yang memerlukan dapat membantu kita mengatasi sifat membazir.   Contohnya, kita boleh menasihati diri sendiri jika berjaya melakukan penjimatan, baki daripada penjimatan itu boleh diagihkan pula kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk mengalas perut. Lihatlah di sini, besarnya pengorbanan yang dilakukan demi saudara seislam meskipun kita tidak mengenali mereka!

Katakan: 
·   YA... Untuk senyuman cantik, yang mengirimkan cinta mulus, dan mengutus kasih sayang bagi orang lain kerana senyuman dapat menyejukkan hati yang resah dan  mendamaikan hati yang bimbang. Senyuman yang dapat menyejukkan hati yang melihat dan merupakan jambatan bagi permulaan silaturahim.
· YA... Untuk ucapan kata-kata yang baik, yang membangun persahabatan dan menghapuskan rasa benci kerana setiap butir bicara yang baik melambangkan peribadi sebagai wanita yang halus dan cantik budi bahasanya. Bayangkan seorang wanita yang manis bertudung, mengeluarkan kata-kata kurang enak seperti ‘mangkuk ayun’ dari bibir yang indah menawan. Bukankah persepsi mereka yang melihat dan mendengar kata-kata itu akan berubah?
·   YA... Untuk sedekah yang dikabulkan, yang mem- bahagiakan orang miskin, menyenangkan orang fakir, dan mengenyangkan orang lapar. Pemberian ikhlas akan mengurangkan penderitaan orang lain, meringankan beban yang terperangkap di dalam kesusahan dan kesenangan dan kebahagiaan akan dapat dirasai apabila berkongsi bersama dengan yang memerlukan.
·  YA... Untuk kesediaan duduk bersama al-Quran lalu membaca, merenungi dengan memahami dan mengamalkannya kerana hanya al-Quran mampu menerangi yang gelap dan meluruskan jalan yang bengkok. Isi kandungan al-Quran yang indah itu tidak akan mampu menandingi kitab-kitab dan buku yang ada di pasaran. Paling menarik, ALLAH S.W.T menghadiahkan satu surah khusus untuk kita, yakni surah al-Nisa’. Tidakkah kita berbangga tercipta sebagai wanita?
·   YA... Untuk kesediaan berzikir, beristighfar, tenggelam dalam lautan doa dan menyatakan permohonan taubat dengan bersungguh-sungguh tanpa merasa lelah kerana dengan cara itu kita tidak melupakan ALLAH  S.W.T dalam setiap helaan nafas.
·   YA... Untuk usaha mendidik anak-anak dengan agama, sunah, dan nasihat yang bermanfaat bagi mereka kerana kita telah diberi amanah daripada ALLAH S.W.T. Jadikanlah anak-anak sebagai perwira dan srikandi Islam dengan melengkapkan mereka dengan benteng keimanan supaya apabila kita menuju ke syurga tiada yang menjadi penghalang untuk melangkah masuk.
· YA... Untuk rasa malu dengan menutup aurat dengan sempurna seperti yang diperintahkan ALLAH, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara diri. Hijab dapat melindungi daripada mata nakal yang menyesatkan lagi merosakkan. Lihat perbezaan ini, seorang wanita cantik yang bergaya dengan seorang wanita cantik yang menutup aurat dengan sempurna. Seorang lelaki akan memuji si cantik yang bergaya, “Wow, cunnya awek tu!” tetapi apabila melihat si cantik yang menutup aurat mereka akan memuji, “Masya-ALLAH, cantik macam bidadari yang turun dari syurga.” Tanyakan pada diri, bentuk pujian yang mana yang lebih besar dan lebih bermakna? Pujian mana pula menjadi pilihan?
·   YA... Untuk pergaulan dengan wanita-wanita yang baik dan takut kepada ALLAH, mencintai agama dan menghormati nilai-nilainya kerana kita akan sentiasa berdiri kukuh bersama mereka sehingga ke titik hayat. Inilah benteng dan pergaulan ini tidak akan membawa ke jalan yang sesat.
·   YA... Untuk bakti kita terhadap orang tua, menjaga silaturahim sesama saudara, menghormati tetangga dan menggembirakan anak-anak yatim kerana mereka adalah tiket menuju ke syurga.

· YA... Untuk membaca sesuatu yang bermanfaat. Buku yang berilai ilmu yang boleh mendorong keluar dari kegelapan. Buku yang dibaca itu melambangkan siapa diri kita. Sekiranya kita penggemar membaca majalah gosip, itu bermakna kita seorang yang suka menjaga tepi kain orang. Sekiranya suka membaca novel, bermakna kita suka berimaginasi. Jika membaca buku agama, bermakna kita seorang yang sedang berusaha membaiki diri dan mengukuhkan iman. Jadi, dalam golongan apakah kita berada?

Khamis, 16 Ogos 2012

We gonna miss u RAMADHAN!!


Assalamualaikum..kefahal?

semua sahabat2 sekalian....trasa rindu sgt pada ruangan ini..
:(.as usually..alasan busyy tu agk membosankn bila di dengar..tetapi itulah hakikatnya...

pejam celik..Ramadhan sudah pun ingin melabuhkan tirai,terasa begitu pantas masa berlalu...
T_T
Bagaimana dgn diari ramadhan anda??
hurrmmm...tahun ini diari ramadhan saya agak istimewa sedikt dri tahun2 sebelumnya..
barangkali terasa agk matang sikit bila mengendalikan waktu untuk mencapai Goal saya pada bulan ramadhan ini...;)

Ramadhan kali ini sangat istimewa.begitu banyak Rahmat Ilahi yg di limpahkan...Alhamdulilah
sujud syukur pada yg 1 iaitu "DIA"

kt sini saya nk kongsikan..mengapa saya katakan ramadhan kali agak istimewa dan menjadi Diari Ramadhan yang x mungkin dapat saya lupakan...

*pertama sekali...saya berpeluang menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 22 ketika di bulan ramadhan..agak berlainan sedikit bila dpt makan cake ketika berbuka dan bersahur bersama teman2 seperjuangan..^^

*seterusnya...menyambut menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga..iaitu lahirnya seorang anak buah @ khalifah Allah yg di beri nama "Muhammad Aisy Zafran":)



*Kemudian...Goal saya untuk bulan Ramadhan ini..ialah mengkhatam 30 juzu' Al-quran,walau sesibuk manapun akan saya cuba untuk menghabiskanya...



*Menyertai kumpulan tadarus Al-quran bersama naqibah,Akhawat,dan lecturer...





“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“

Jika kita menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW, kita mendapati bahawa Rasulullah amat menitikberatkan ibadat pembacaan al-Quran dan mengutamakan ia apabila masuk Ramadan. Ibnu ‘Abbas ra berkata “Nabi SAW adalah manusia terbaik,
 dan Baginda menjadi lebih baik apabila datangnya Ramadan ketika Jibril bertemu Baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadan untuk bertadarus al-Quran.
 Baginda akan membacanya dengan amat baik seperti angin yang bertiup lembut.” 
(HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Melalui hadis ini Imam Ibnu Rejab menyatakan disunatkan seseorang itu mempelajari al-Quran pada Ramadan di samping 
mengajak manusia lain bersama-sama membacanya dan disunatkan juga untuk memperdengarkan bacaan kepada mereka yang lebih elok bacaannya.
“Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Abu Daud).
Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah sering kali bertadarus
 al-Quran pada waktu malam kerana pada waktu itu adalah masa yang tenang
 untuk jiwa manusia melakukan ibadat dan menghayati setiap ayat al-Quran yang dibaca.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya ibadat pada waktu malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih baik bacaannya.” (Surah al-Muzzammil ayat enam).Dalam hadis lain puteri Baginda iaitu Fatimah ra menceritakan bahawa 
Baginda bertadarus al-Quran bersama Jibril sekali dan pada tahun 
kewafatan baginda bertadarus bersama Jibril dua kali.”(HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Alhamdulilah dengan kesempatan yang ada..Allah memudahkan perjalanan Ramadhan saya pada tahun ini..Alhamdulilah...

moga kita semua dapat menghayati dan merasai lagi..ramadhan yang akan datang..insyaAllah...


ohhh..Ramadhan semoga saya dapat ber"dating lagi dengan awak...tahun depan..aminnn

Khamis, 19 Julai 2012

Ramadhan Versi Saya




Salam ziarah buat semua readers… semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Andai sampai Ramadhan ni pada sy kali ni, tahun ni merupakan tahun ke 22 sy menyambut Ramadhan. Sy yakin setiap orang ada versi Ramadhan mereka sendiri. Entry hari ni sy nak share tentang versi Ramadhan sy. Semoga kita mendapat manfaat bersama.
Sy mula berpuasa sewaktu umur 6 tahun. Time tu puasa bukan takutkan berdosa ke ape, tapi sebab kena paksa dengan ummi. Kali pertama bangun sahur memang semangat, tapi bila sampai pukul 9 pagi mula masuk dapur cari makanan. Haha… naïf sungguh time tu. Bila masa bersahur macam2 sy makan, tapi x tahu la nape dugaan sungguh bila tengok adik2 yg x puasa makan… rasa nk berbuka time tu jugak. Dugaan anak sulong la katekan.
Apa yg menghairankan, orang skang ni bukan setakat x puasa, tapi bleh plak order makan kat kedai time bulan pose. Adehhh… sakit2. Malu pada Allah sah2 la dh xde sebab dia x pose… at least malu la skit ngn bebudak kecik yg bau start nk pose. Respect la depa ni sket. Pastuh kalu kena angkut ngan van jenazah oleh jabatan agama Islam mula la cakap ayat drama:
“Enchik… sy x bersalah enchik!!”
Padahal dah nyata suun kat pipi… hahaha.
Ni ok la lagi… ade yg lagi dasat; mengaku diri tuh bukan orang Islam. Subhanallah…
Hal di atas ni merupakan salah satu fenomena biasa di negara kita lately. Kalo dulu susah nk tengok golongan2 cmni, tapi la ni bersepah.
Habis satu cerita…
Ok2 balik pada cerita sy tadi.
Bila masa nk berbuka puasa plak, ummi ngn abah sy akan bawak kami adik beradik pergi bazaar Ramadhan kat area2 wakaf che yeh tu. So memang heaven la ngan segala jenis makanan. Sebut je nak ape… sume ade. My favorite is nasik kerabu. Makan tiap2 hari selama 30 hari during bulan posa tu pon xpa. Haha…
Bila orang tanya kita tentang Ramadhan, jawapan kita:
“ Bulan penyucian hati dan jasmani”
Kalau disebutkan tentang hal penyucian jiwa sy rasa kita semua dah sedia maklum tentang isu tazkiah nafs yg sy sentuh dlm post seblum ini. Bagaimana pulak dengan penjagaan jasmani?
Kalau bulan puasa ni, ramai orang ske kurangkan kerja physical sebab nk jaga energy. Asik tidow je manjang. Kalo x pon lepak je kat umah. Pukul 6 petang kua cari makan kat bazaar.
Kalau boleh Ramadhan tahun ni, kita sama2 perbaiki kekurangan kita di Ramadhan2 terdahulu. Kurangkan tidow… banyakkan aktiviti sihat..berkebun ke…senaman2 ringan ke. Time membeli belah kat bazaar plak jangan nafsu merajai perut. Pantang tengok….sume benda nak beli. Kalo beli banyak2 ntuk di sedekahkan xpe…syukur alhamdulillah…
Tapi kalau setakat untuk diri sendiri yg nak makan bersederhana tu lebih baik kan?

Bila sebut plak tentang puasa mesti kita akan terfikirkan betapa bestnye solat terawih. Kat sini kita boleh lihat betapa istimewanya Ramadhan ni bila teraweh ni Allah letak hanya pada bulan Ramadhan sahaja.
Fenomena di sesetengah tempat di negara kita…
10 malam pertama: Jemaah 50 orang
10 malam pertengahan: Jemaah 25 orang
10 malam terakhir: Jemaah 10 orang
Jemaah makin sikit. Bila di tanya kenapa, jawapannya:
“Sibuk la banyak lagi persiapan raya x buat… baju anak2 xbeli lagi…xsiap jahit lagi…langsir x gantung lagi. Haaaa….kueh2! Kueh pon x buat lagi ni…adehh stress! “
Persiapan raya ni xsalah pon bahkan perlu sebab kita menantikan kedatangan hari kemenangan ummat Islam selepas sebulan mengharungi dugaan bulan puasa. Sy pon seronok nak sambut raya! (^__^) Tapi jangalah sampai kita terlupa tentang satu lagi keistimewaan Ramadhan; Lailatul Qadr. Kalau boleh Ramadhan tahun ni kita bahagikan masa dengan sebaiknya supaya persiapan raya nnt sempat di setelkn sebelum datangnya 10 malam terakhir. Amacam???
Let us perbaiki diri di bulan Ramadhan ini supaya Ramadhan kita lebih baik dari sebelumnya. Ramadhan merupakan platform penyucian diri yg Allah hadiahkan kepada kita dalam proses kembali kepada fitrah…kalau la ini Ramadhan terakhir kita, moga2 ia menjadi Ramadhan terbaik selama kita hidup ini. InsyaAllah
Marhaban ya Ramadhan

Jumaat, 6 Julai 2012

Childhood Dream




I remember the day when i decided to become a doctor someday.that was when i was young. Hurmm..let me think.When i was 13 if i’m not mistaken. Then i remember the day when i decided to futher my studies abroad and so forth. I remember thing that i’ve wrote on piece of paper and stick it on my board in front of my study table.The point is motivate myself every time laziness strikes.

I remember when i was in form 3,Tuan Haji asked me about my ambition.said i want to be a doctor someday. Asked me again have you done any researches and finding on the career you’ve chosen.I sacrifice a lot. As a woman,i have think optimistically for the sake of my future too.someday there will be bigger task await me.tasks that has something to deal with between you and human,as well as you and Ar-Rahman.

“what you do,the way you think,makes you beautiful”-scoot westerfeld

A girl with Big dreams



There are many things inspired me lately.There comes a time where feel like almost giving up. I admit that. Although i haven’t really achieve what i want,i’m still proud of my self that i can stand in here for this long. Instead of giving up, i more forward and chose to proceed without looking back. I‘ve almost forgotten that i can have a dream to achieve. A dream which i’ve built in my heart and mind since i was little.A dream which i am really that eager to achieve.The only thing that i lack of is effort.Well,that is what as far as i can see. Sometime we don’t always get what we want. And sometime we will get what we want but it’s just a matter of time.
 I believe that Allah has a better plan for us.As i go through each day of my life. I began to realize why there are always obstacle in everything that i’ve planned in order to achieve my dream. Trust me ,if you ever go through this kind of situation,you ‘ll realize sooner or later that life is wonderful. I’m grateful and Thankful to Allah that i have both of my parent,My two wonderful sibling and best friend to support me.. Well..not of the people which i’ve known are supportive. Sometime it hurt to hear responses from others.But in the end,It is all yours .Your own decision. Determination,effort and yeahhh,passion.


Khamis, 5 Julai 2012

Forgiveness & Fairytale


Assalammualaikum....






In the name of Allah,the most Beneficent,the most merciful

Learn to forgive,forgive everything from the past and forgive anyone from your past because in this world,nobody is perfect”


Learn to forgive.Forgive everything from the past and forgive anyone from your past.Because in this world ,nobody is perfect.We all make mistake .And it is always good and noble to forgive someone in your life.In love, teach your heart to always forgive the one you love.it doesn’t matter how bad or how much it hurt before ,learn to forgive them.The best thing about forgiving someone is you are pleasing Allah Taala.

When you stop searching for a prince and make Allah taala the king of your heart,He will help you to complete you fairytale.inshaAllah...


Remember,Allah always has a better plan for each and one of us.InshaAllah,i can’t tell you how thankfull i am to allah that because of Him,i’ve learnt to see and improve my mistake from the past. I’ve done so many mistake.Now,all i want to do is to change myself to become a better person.InshaAllah.I believe in Allah.I believe that He has written special for me. Special that it takes a lot of patient and prayer. All i want to do now is to prepare myself for that special person.A special person whom i’ll be spending the rest of my life with through thick and thin,and most important thing-the one who will lead me towards Allah,who will become the imam of my prayers,the father of my children,the one who will always hold my hand ang together helping each other to attain jannah.InshaAllah. To me.It's not just about-love.- It's more than that. It’s about responsibility and commitment.It’s about the beginning of the journey together towards forever in jannah.And most of all. i want it to be special,to experience it according to what Allah has Already planned for me

InshaAllah
I will always be waiting for that day to come
Dear heart,have faith in Allah...


Hati Lily...

Rabu, 27 Jun 2012

Anugerah Yang Amat Bermakna





Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat sahabat sekalian....


tahun 2 telah pun melabuhkan tirai beberapa hari yg lepas.teringat lagi seminggu sebelum mula cuti Masing-masing sibuk berkemas. Masing-masing "excited" nak pulang untuk berjumpa keluarga tercinta yang sudah berjauhan hampir berbulan- bulan atau lebih, lamanya. Semoga masing-masing selamat tiba...^_^.


Ada yang balik awal ada tidak balik. Yang balik awal tu sayalah. Sebab ada program yang wajib dihadiri. Kalau tak hadiri mesti rugi. Terasa "excited" jugalah nak balik. Nak tengok abah,ma,tok umi,tok abah, adik beradik dan sanak saudara yang semakin membesar. kini dah 5 hari x bersua,bergurau,x masak sama2,x tido sama2.Y__Y. Terasa sebak semacam jew..

Secara kasarnya dapat dikatakan bahawa perbezaan antara tahun 1 dengan tahun 2 sangat ketara. Pengalaman yang dilalui dalam tahun dua ini adalah satu anuegarah yang sangat berharga. Anugerah yang sangat berharga dikurniakan oleh-Nya pada tahun ini adalah teman-teman seperjuangan yang sangat dicintai. Ungkapan terima kasih sukar dilafazkan dengan percakapan. Mungkin rasa malu. Tapi mahu diluahkan dalam blog yang tak seberapa ini. Antara individu yang saya mahu berterima kasih untuk tahun 2  ini adalah:

Insaniah

Individu yang sangat unik,teman sebilik dan sekatil juga.. sukar nak diramal dan baik hati. Mengenali sahabat ini dari tahun 1 satu lagi sebab "housemate". Pergi mana-mana pun mesti sekali. Mungkin disebabkan kos sama. Banyak memberi perubahan dalam hidup ini salah satunya orang membawa saya seperti ini kearah jalan ini. Pengaruh daripada sahabat inilah. Kalau tahun satu dulu mungkin banyak kalilah berselisih pendapat tapi tahun 2 ini terasa persefahaman semakin kuat dan seperti adik beradik.setiap cerita suka dan duka dialah orang pertama yang akan tahu,beliau juga boleh mengesan jika saya punya masalah macam (scanner) plak hehe.. Mungkin masing-masing sudah memahami diri masing-masing. Sahabat ini jugalah banyak memperkenalkan kepada saya sahabat-sahabat yang lain. Dengan kata lain, dialah yang telah mengubah saya daripada seorang yang kurang berkeyakinan,pemalu dan pendiam kepada yang lebih yakin,tegas,dan bijak bercakap  . Terima kasih. Saya sayang kamu kerana Allah S.W.T.

Hafizah

Fiza. Kami bak kembar. Ada Anis adalah Fiza. Mengenalinya melalui Insaniah. Seorang yang sopan dan lemah lembut, tak mudah marah, sedikit unik dan mudah memberi kerjasama tatkala diri ini memerlukan bantuan. Teringat pertama kali kenal dulu. Masing-masing lewat pergi kelas. Berkenalan dalam perjalanan untuk kelas Pharmacology,kebetulan subjek itu subjek yang kami tidak berapa suka(sebab itu lewat pg class)^^hehe.dan kekal bersahabat sehingga kini. Mempunyai jiwa yang sangat halus, kalau duduk dengan dia memang tak akan kesunyiaan. Seorang yang komited dengan tugas dan disenangi oleh semua orang. Tahniah wahai sahabat. Saya sayang kamu juga kerana Allah S.W.T.

Ummu Aiman

Ummu bak adik bongsu dalam kalangan kami semua.dan selalu menjadi mangsa untuk kami menyakat trade mark untuk beliau ialah (Aiman x kesah).hehe. Bersemangat lebih daripada orang lain. Mudah mesra dengan orang ramai.perwatakan beliau sungguh ceria,kira kalau ada si ummu aiman ni x sunyi la..tpi klu xda dia..hmmm sunyi sungguh.. beliau Tekun membuat kerja.  Semoga terus istiqamah. Sayang kamu kerana Allah S.W.T.

Syuhada

Kalau Ummu Aiman bak adik bongsu, syuhada pula bak  kak long, Sangat matang pembawaanya. Saya komited dengan tugas yang diberikan dan mempunyai sikap bertanggunjawab yang sangat tinggi. Nak tahu buktinya?
Buktinya, apabila gagal melakukan sesuatu yang dirasa adalah tanggunjawabnya walaupun sebenarnya bukan tanggunjawabnya tapi kita boleh lihat riak wajahnya. Riak bersalah. Tutur kata yang mengendur, nada yang perlahan menunjukkan sikap bertanggunjawabnya ke atas sesuatu perkara yang gagal dilakukannya. Banyak pengalaman bersamanya untuk tahun 2 ini.  Tatkala berbicara, kami mengambil kaedah menyatukan pendapat. Kami tak pernah menyankal pendapat masing-masing sebab masing-masing adalah diri sendiri. Mungkin sebab banyak menghabiskan masa bersama menyebabkan ukhuwah terasa amat erat untuk tahun ini. beliau juga disandang jawatan sebagai naib presiden persatuan mahasiswa islam dan pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam Dan Naqibah usrah.Beliau juga banyak membantu diri ini untuk mengenali apa itu MAJLIS ILMU. Saya sayang kamu kerana Allah S.W.T

Balqis

Apa nak kata dengan sahabat yang seorang nie? Walaupun tak menghabiskan masa seperti sahabat-sahabat yang lain untuk tahun tapi sahabat ini masih terkategori dalam individu yang memberi kesan yang mendalam dalam diri nie. tahun 1, diri ini penuh skeptikal. Bagi saya kelas yang saya belajar tahun lepas tak ada seorang pun yang sekepala dengan saya. Saya salah. Inilah salah seorangnya. Mula rapat semasa program PMC. Senyum je keje. Tak pernah sakiti hati orang dan suka menolong. Kadang2 malu gak asyik dia je tolong. Tak pernah saya menyumbang jasa kepadanya. Tapi saya tahu, pertolongannya bukan mahu penghargaan. Tapi pertolongannya lahir daripada hati yang sangat ikhlas. Boleh lihat jelas di wajahnya. Terima kasih sahabat..i LuV U kerana Allah S.W.T.


Selain itu, saya juga mahu berterima kasih kepada 2 orang Naqibah saya. Naqibah chua dan Naqibah syuhada. Dua karakter berbeza, 2 cara berbeza tapi matlamat yang sama. Mentarbiyah. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan.


Akhir sekali. Minta maaf banyak-banyak atas salah silap sepanjang tahun dua.  Harap sudi memaafkan jika kesalahan mahupun kekhilafan secara terang-terangan mahupun tidak langsung. Semoga kita bertemu lagi untuk tahun 3. Insya-Allah kalau panjang umur.semoga dapat jumpa kembali di tahun 3 dan seterusnya,moga peroleh kejayaan insyaAllah. Alhamdulillah,semoga Allah S.W.T makbulkan doa kita.Syukur, terasa nikmatnya.

Rindu kaliannnnn..^^
Selamat malam~~~

Do'aku sepertiga malam



 بسم الله الرحمن الرحيم
Yaa... Rabbi...,,
Aku berdo'a untuk seorang ikhwan yang akan menjadi bagian dari hidupku
Seseorang yg sangat mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang yg akan meletakkanku pada posisi dihatinya setelah Engkau dan Muhammad SAW.
Seorang yang hidup bukan untuk dirinya sendiri, tapi juga untukmu dan orang lain

Wajah, fisik, status ataupun harta tidaklah penting.
Yang terpenting adalah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau.
Dan berusaha menjadikan sifat2 baikMu ada pada pribadinya.
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup Sehingga hidupnya tidak sia-sia..
Seorang yg memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang yg tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku
Seorang yg tidak hanya memujaku tetapi juga menasihatiku
Seseorang yang mencintaiku bukan karana fisikku, hartaku atau statusku melainkan karena Engkau...
Seorang yg dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang yg membuatku merasa sebagai wanita solehah ketika aku berada disisinya.
Seorang yang sabar...

Yaa... Rabbi....,,....
Aku tak meminta seseorang yang sempurna
Hingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMu...
Seseorang yg membutuhkan dukunganku sbg peneduhnya..
Seseorang yang membutuhkan senyumku untuk mengatasi kesedihannya...
Seseorang yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya lebih hidup...

Aku tidak mengharap orang yang semulia Abu Bakar, atau setaqwa Umar, ataupun sekaya Abdurrahman bin auf, apalagi yang setampan Usamah Radhiyallahu...,, 
Aku hanya mengharap seorang Ikhwan akhir zaman yang punya cita-cita mengikuti jejak mereka...
Membangun keturunan yang soleh, Membangun peradaban,
Dan membuat Rasulullah SAW bangga di akhirat...,
Karena aku sedar, 
Aku bukanlah semulia Fatimah, tidak setakwa Aisyah, dan tidak secantik Zainab, apalagi sekaya Khadijah Radhiyallahuanha..,,
Aku hanyalah seorang wanita akhir zaman
Yang punya Cita - Cinta..

Yaa... Rabbi...,,,....
Aku juga meminta, Jadikanlah ia sandaran bagiku
Buatlah aku menjadi akhwat yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang Sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sepenuh jiwaku..
Berikanlah sifat yang lembut, sehingga auraku datang dariMu,
Berikanlah aku tangan sehingga aku mampu berdo'a untuknya,
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak kebaikan dalam dirinya,
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
Mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat,,

Dan bilamana akhirnya kami berdua bertemu, 
''Ya ALLAH Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat menambah akan kecintaanku padamu, yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna''

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segalanya Indah pada waktu yang telah Engkau tentukan....Aamiin aamiin ya Robbal Alamin.

Selasa, 26 Jun 2012

what can we do in 1 MINUTE??:.

السلام عليكم ورحمة الله....  

...semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat dan dilindungi allah selalu...
GOOGle ads
meh kite tgk...ape yg kite bole buat dlm 1MINIT??


1-     In one minute, you can recite chapter Al-Fatihah (the opening chapter of the Quran) silently. Some scholars, may Allah have mercy upon them, stated that a person gets more than 1400 good deeds for reciting it once. If one recites it 7 times, one gets 9800 good deeds in one minute.

2-     In one minute, you can say ''Astaghfiru Allah'' (I seek forgiveness of Allah) more than 100 times. The virtue of seeking forgiveness is well-known ,it is a reason of obtaining forgiveness, entering Paradise, having good provisions, increasing one's strength, repelling harm, having affairs facilitated, the descent of rain, and increasing in wealth and children.

3-     In one minute, you can read a part of the Quran.

4-     In one minute, you can memorize a small verse of the Quran.

5-     In one minute, you can say ''Laa ilaaha illa Allaah wahdahu laa shareeka lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli shay'in qadeer'' (None has the right to be worshipped except Allah Alone, He has neither partners nor associates, to Him belongs sovereignty and praise and He is over all things wholly capable) 20 times; its reward is setting 8 slaves free for the sake of Allah from the children of Ismaa'eel (Ishmael), may Allah exalt his mention.

6-     In one minute, you can say ''Subhaana Allah wa bihamdihi'' (How perfect Allah is and all praise be to Him) 100 times, and whoever says this, his sins will be forgiven even if they were like the foams of the sea.

7-     In one minute, you can say ''Subhaana Allah wa bihamdihi, Subhaana Allah Al-Adheem'' (How perfect Allah is and all praise be to Him, how perfect Allah is, The Supreme) 50 times, and these are two expressions which are easy to say, but they are very heavy on the scale of good deeds, and they are beloved to Allah. [ [Bukhari: Hadith No:673, V:8] and [Bukhari, B:9, V:93, Hadith 652]

8-     Prophet Muhammad (sallahu Alayhi Wa Sallam) said, "There are) two words which are dear to the Beneficent (Allah) and very light (easy) for the tongue (to say), but very heavy in weight in the balance. They are: Subhan-Allahi wa bihamdihi, Subhan-Allahil-Azim (Allah is free from imperfection and His is the praise)'.

9-     The Prophet, sallallaahu 'alayhi wa sallam, said: ''If I were to say: ''Subhaana Allah, wal hamdu lillaah, wa laa ilaaha illa Allah, wallaahu Akbar'' (How perfect Allah is, all praise be to Allah, None has the right to be worshipped except Allah, and Allah is the greatest.) it is better for me than the whole world.'' [Muslim ]. In one minute, you can say all the above words 18 times, and these words are the most beloved words to Allah, and the best of all speeches, and their weight on the scale of good deeds is very heavy, as reported in authentic narrations.

10-   In one minute, you can say ''la hawla wa laa quwwata illa billaah'' (there is neither might nor power except by Allah) more than 40 times. This is a treasure among the treasures of Paradise, as reported by Al-Bukhaari and Muslim, may Allah have mercy upon them. It is also one of the major reasons of bearing difficulties and hardship.

11-   In one minute, you can say ''Laa ilaaha illa Allah'' (None has the right to be worshipped but Allah) approximately 50 times, and it is the greatest word, as it is the word of Tawheed (Oneness of Allah), a good word, and a firm statement, and whoever says this expression as his last words before breathing his last, he will enter Paradise; the above expression also has other virtues.

12-   In one minute, you can say: ''Subhaanah Allah wa bihamdihi, 'adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata 'arshihi, wa midaada kalimaatihi''  (How perfect Allah is and all praise be to Allah, by the number of His Creation and His Pleasure, and by the weight of His Throne, and the ink of His Words) more than 15 times. This statement equals multiplied rewards of ordinary legislated mention of Allah, as confirmed by the Prophet, sallallaahu 'alayhi wa sallam.

13-   In one minute, you can give a short summarized speech which could be very beneficial for the listeners.

14-   In one minute, you can exalt the mention of the Prophet, sallallaahu 'alayhi wa sallam, by saying ''Sala Allaahu 'Alayhi wa sallam'' (may Allah exalt his mention) 50 times, for which Allah will exalt your mention 500 times, because one exaltation is multiplied tenfold.

15-   In one minute, you can think about the creation of the heavens and the earth, as a result you will be considered among the people of understanding whom Allah mentioned in the Quran.

16-   In one minute, you can think about being grateful to Allah, loving Him, fearing Him, hoping for Him (His Mercy) and longing to meet Him; by doing so, you would have achieved great acts of worship while you may be lying down on your bed or walking in the street.

17-   In one minute, you can read more than two pages from a beneficial book which is easy to understand.
google ads
 18-   In one minute, you can keep ties with your kinship by phoning them.
19-   In one minute, you can supplicate with general supplications.
20-   In one minute, you can greet (by saying Salaam to) a number of people and shake hands with them.
21-   In one minute, you can forbid evil.
22-   In one minute, you can enjoin good.
23-   In one minute, you can advise a brother.
24-   In one minute, you can intercede in doing good for a person.
25-   In one minute, you can comfort a distressed person.
26-   In one minute, you can take off an obstacle from the road.
27-   By benefiting from one minute, you will preserve and benefit from other times.

^____________^
jumpe lgi...IA