bertatih menuju ilahi...jommm!

bertatih menuju ilahi...jommm!

Isnin, 30 April 2012

Operation Theater..

Assalamualaikum...

Alhamdulilah..Allah masih mengurniakan kita kesihatan yang baik,walaupun ketika ana menulis artikel ini,keadaan kesihatan ana tidak mengizinkan..tapi Ana tetap nak share pengalaman ana ketika di dalam BILIK BEDAH/OPERATION THEATER..

1 bulan---> emm.relax la awai lgi...bukan turn saya kot yang naik

1 minggu--> emm..lambat lgi..nti la..

1 hari--> hmm? esok?..aduii..im not ready yet..T_T


Between OT and ICU, to be honest, I prefer to be in ICU! Don’t ask me why.. It’s just something I enjoy to do despite the heavy workload. It’s like a love-hate relationship I have between me and the ICU.. Hahaha..


seriusly..OT buat saya takott...T_T ..hahah

melangkah sahaja di bilik ini..

rasa nak patah balik pun ada.haha (kelakar),dalam hati dah beribu suara da berbisik.tapi fikir sejenak mengapa aku harus ke sini? jadi..yesss i have look forward.melangkah sahaja di pintu sensor ini,hanya ayat penenang hati dan wajah-wajah orang yg di sayangi yg terpancul di buat fikiran.Alhamdulilah..hati semakin yakin.

kami di beri taklimat oleh sister dan di minta untuk menukar pakaian OT di bilik persalinan kakitangan, 1 set dari hujung rambut sampai la hujung kaki memakai pakaian berwarna BIRU yang tertulis label kegunaan hospital sahaja dan 

kasut ini---------->>

jgn pelik ya..ni bkn untuk pergi shopping"..tapi ni la officially kasut yang digunakan dalam bilik pembedahan..sebab apa?saya pun x sempat tnya kenapa kasut ini di pilih..hehe.


kami di arah untuk memasuki bilik scrub mengikut prosedur dan memasuki bilik yang teramat la sejuk ..meremang bulu roma ana..pintu itu di beri nama pintu "INDUKSI"


Ok! bila melangkah masuk melalui pintu induksi dgn lafaz Bismillah dan hati yang tenang..ana lihat di sebelah kiri ada satu white board yang tertulis

butir pesakit dan butir2 team dari surgeon,anesthesiogist,scrub nurse,Ma,circulating nurse,nurse,ppk dan len2.dan team2 OT sedang sibuk ke hulur ke hilir menyediakan peralatan n etc.

tepat jam 8am,patient telah pun di beri ubat bius (Local Anesthetic) dan stage by stage surgeon potong,toreh,kerat n mcm2 lagi.ana hanya melihat di tv yg di sediakan sambil memegang nota kecil untuk sebarang maklumat penting,bila tgk muka surgeon sangat2 la serius ingtkan kut ada bagi sedikit info,tapi diam seribu bahasa,mugkin beliau sedang fokus..:).tetapi ad seorang nurse ni yg terpekik terlolong,rase nak sumbat Gauze je dalam mulut dia.hehe.Aduii ingt pasar malam ke...tapi bila tengok dalam bab kerja..macam nurse tu pulak yang surgeon dan surgeon pulak yang  asist nurse..hahaha.


Setelah 3 jam pembedahan itu berjalan..dan 3 jam itu juga ana berdiri macam robot,dengan menahan kelaparn..naik kebas segala urat2 kaki.dengan keadaan suhu yang sejuk,tapi pelik jugak hanya ana dan rakan sahaja yang rasa seperti nak beku..team yang len relax je? kulit apa ya mereka ni..hehe..mungkin mereka sudah biasa.mana tak nya hari2 duk dalam operation room..kulit pun boleh jadi kebal.hehe

dalam masa 5 jam,sudah 3 kali ana keluar masuk dari bilik bedah disebabkan tidak tahan dalam keadaan sejuk ,sempat lagi pergi pantri minum air panas..haiyaa..mungkin team OT sudah terbiasa dengan tingkah laku student medic yang pertama kali menjejakkan kaki di bilik ini..mereka hanya tersenyum melihat kelakuan kami yang agak kelakar..haha."nasib baik pakai mask so,diorang x kenal la sapa kami"hehe

Dalam hati terfikir,dalam berjam2 mereka duduk di bilik ot,dan hari2 berkampung dalam bilik ni,ketika mereka sedang melakukan prosedure,terdengar bunyi talifon di bilik persalinan tetapi mereka sedang sibuk menjalankan tanggungjawab di dalam..siapakah yang menelefon mereka kn?mungkin ada perkara penting atau orang terpenting..hmmm..tapi apakan daya..hanya berserah segalanya dipermudahkan...dan siapa kata jadi sebahagian di antara mereka ini senang??

kalau x kuat..jujur ana cakap,dari pada membuang masa,tenaga dan wang ringgit.beter cabut lari..hehe.."quit"..bukan untuk menjatuhkan semangat kalian tapi sebelum memilih profession ini,kalian harus membuat keputusan seperti menentukan hidup dan mati..

kalian sanggup terima call x kira pukul berapa/tgh malam ketika di buai mimpi?
kalian sanggup di marah/di herdik depan patient sebb kita tak ingat atau tdk thu apa yang di soalkn oleh prof atau doctor pakar?
kalian sanggup revise balik note yang kalian study dalam masa 5 thun tu dalam mase 1 jam?
kalian sanggup stay di hospital "ON cll " 24H?
kalian sanggup x dapat balik raya?
kalian sanggup kalau cuti kalian di tarik balik kerana menggantikan rakan sekerja?
kalian sanggup mengorban masa bersama keluarga?
kalian sanggup mengorbankan waktu sosial kalian yang hanya mungkin ada 30% itu?

jika kalian redha dan sanggup..terukan lah perjuangan kalian hingga ke titisan darah terakhir..
segalanya pengorbanan kalian yang di lakukan dengan ikhlas..pasti akan mendapat ganjaranya kelak :)

ok! 6 jam telh berlalu..selesai segala proses dari A sampailah proses menjahit..
pesakit di pindahkan ke unit pemerhatian.Alhamdulilah operation berjaya dengan izinNYA..

sewaktu selesai operation..surgeon sempat berikn kata2 azimat..
"ini bukan yg terakhir untuk kamu..tapi ini ad permulaan untuk kamu"

buka mata..buka hati dan perhati..GD LUCK
Assalamulaikum...:)

Sabtu, 28 April 2012

Terindah Dari mu..



Lagi tiga jam. KLIA sesak dengan ragam manusia. Ada yang berpelukan, ada yang bersalaman, berbual, dan ada yang mengambil foto. Ibu siap mendaftrakan namanya pada pegawai yang berkenaan. Mujur mereka sempat tiba sebelum jam yang ditetapkan. Pegawai itu agak sibuk dengan berbagai-bagai urusan.
“Jaga solat, tahu. Ibu nak Qalish Attar balik nanti boleh jadi imam kita. Bukan untuk sembahyang semata, tapi juga untuk semua persoalan. Biar jadi tempat rujukan. Ingat Qalish, bukan semua Allah beri peluang begini,” nasihat ibu panjang lebar. Dia tak mahu anaknya dipolusi apapun.
“Baik, ibu. Qalish tahu, tu. Ibu ada tinggalkan rendang tak dalam beg qalish tadi? Yalah, satu Syawal dah kena berangkat. Entah bila lagi dapat rasa masakan ibu, kan?” bibirnya tersenyum. Suasana terasa sayu sebentar. Keluarga kesayangan bakal dia tinggalkan.
Ibu mengangguk sambil tersenyum. Abah yang diam di  belakang hanya mampu geleng kepala sambil tersenyum.
Pengumuman panggilan penumpang ke platform masing-masing bergema. Abah menyorong salah satu beg Qalish Attar. Ibu berjalan di sampingnya. Satu Syawal tahun ini agak berbeza. Dia bakal pergi meninggalkan keluarganya buat sementara. Dia tahu, di pundaknya terpikul harapan umat. Maka dia pasrah sahaja.
“Qalish, sampai nanti jangan lupa telefon kami ya. Sms ke, telefon ke, emel ke. Biar ibu kamu ni tak risau sangat,” pesan abah. Qalish hanya mengangguk lemah. Sekejap saja lagi, dia akan meninggalkan bumi tercinta ini.
Satu sms masuk. Telefon bimbitnya berbunyi riang. Qalish Attar membuka sms tersebut. Dari safiyya Nur Humairah. “Ana tunggu enta di sini. Sentiasa tunggu. Mak ayah pun dah kenal enta. Mereka tak kisah asal ana bahagia.” Qalish mengeluh. Telefon N95 disimpan kemas di dalam kocek seluar semula.
Pegawai Jais yang terbabit memanggil semua pelajar berkumpul segera. Penerbangan menaiki Kuwait Airlines akan berlepas sekitar sejam lagi. Qalish bersalaman dengan semua yang ada. Ibu, abah, Tok, Miasara dan Bukhari. “Abang akan rindu sangat pada adik abang yang comel ni. Jangan nakal-nakal ya,” suara Qalish yang sedikit sayu itu memecahkan tangis Miasara. Anak kecil sebesar 5 tahun itu terlalu manja dengan abangnya. Tidak pernah berpisah.
Selesai segala urusan, Qalish berangkat bersama pelajar-pelajar yang lain. Ruangan eskalator yang kosong itu membuatkan hati siapa saja terasa sayu. Hati terisi sendu. Bibir mengeluh kaku. Perpisahan itu sementara. Dan siapa yang berpisah kerana Allah, akan Dia hadiahkan pertemuan yang indah buat mereka. Siapa tahu.
Tidak dapat dibendung lagi. Setitis air mata lelaki akhirnya mengalir terus ke pipi. Tiada perjuangan yang mudah. Kata-kata Tok Wan dia genggam sebagai azimat. Amir di sebelahnya faham benar apa yang Qalish rasa. Maka dia hanya diam seribu bahasa.
Di ruang menunggu, satu lagi sms masuk. Tidak lain tidak bukan Safiyya Nur Humairah. “elok-elok ke tempat orang,” itu pesanannya. Dia mengeluh lagi. Sudah-sudahlah.
“Kenapa kau mengeluh ni, Qalish? Siapa sms tu?” sampuk Amir. Tersengih bagai kerang busuk.  Qalish menyimpan telefonnya.
“Kawan lama. Eh, ibu aku kirim salam kat kau. Dia suruh kau makan banyak sikit biar besar macam aku,” keduanya ketawa besar. Mata-mata lain memandang mereka. Aneh, boleh bersenang hati sedangkan satu Syawal ini mereka akan meninggalkan Malaysia.

***

Sunyi. Kebanyakan penumpang sedang tidur. Khali tanpa sebarang bunyi. Bahkan pramugari yang ulang-alik juga tiada meninggalkan bunyi. Bergerak bagai pelesit semuanya. Qalish Attar yang duduk di hadapan bingkas dan memerhati sekitar ruangan penumpang itu. Ramai yang tidur. Ada seorang dua yang sedang menonton siaran arab yang tidak dapat difahami. Ada yang berbual. Ada yang menaji. Sendirian. Qalish tersentuh. Kenapa tidak masa ini dia membaca al-Quran? Bukankah masa lapang itu bermanfaat untuk orang mukmin?
Dia duduk kembali. Pramugari yang sedang lalu dipintasnya. “Sorry, could you bring me a glass of water, please?” ujar Qalish Attar . Pramugari itu senyum protokol dan berlalu selepas mengatakan, “wait a moment, sir,” pelat-pelat arab sahaja bunyinya.
Qalish membuka beg sandangnya. Mushaf biru  tua pemberian ibunya itu ditatapnya. Kecil sedikit dari tapak tangan. Qalish berbisik perlahan. Sebelum tangannya sempat menyelak, bismilah tadi terus diiringi surah Al-Fatihah. Kemudian, surah Az-Zariyat lancar menyusur dari bibirnya. Seakan tergambar di minda halaman-halaman surah itu. Sedang tanpa lengah, tangannya kemas menyelak satu-persatu mencari surah Az-Zariyat.
Bacaannya terganggu saat pramugari tadi mampir. Segelas air mineral dibawa bersama, sesuai dengan permintaan Qalish. Dia membuka meja di hadapannya dan meletakkan mushaf itu di situ sebentar. Dia meneguk air mineral itu perlahan seusai membaca bismillah.

Dia menyelak mushaf semula. Kebetulan, dia terbuka satu halaman bertanda. Ada sekeping kad kecil di situ. Dia kenal benar pemberi kad itu. Seorang yang dia cintai sejak zaman sekolah menengah lagi. Bertudung litup berwajah ayu, siapa saja yang takkan terpikat dengannya. Susah hati lelakinya mahu melupakan rupawan yang jelita itu. Tahi lalat kecil di bawah bibir yang mungil, kelihatan bagai ada tak ada sahaja. Lesung pipit nipis yang bisa mencairkan iman mana-mana lelaki yang melihat, Qalish Attar lantas beristighfar. Indahnya ciptaan tuhan, indah lagi Sang penciptanya. Dia menutup mushaf kembali. Nampaknya, kehadiran kad itu di mushaf membuatkan dirinya gusar. Dia kembali bersandar pada kerusi pesawat berwarna hijau baldu itu, membiarkan dirinya tidur semula dalam alunan bacaan qari Nuwaina yang menggema di telinganya. Mujur dia membawa  pemain mp3. Amir di sebelah sudah lama lena dalam dunia mimpi.

***


Pemandangan di sawah sungguh menenangkan. Burung-burung yang terbang bebas, bagai bermain-main dengan tunjaian pokok padi di bendang yang terbentang. Indah. Hijau luas sejauh mata memandang. Qalish duduk santai bersandarkan pokok kelapa rendang. Tok Wan pula sibuk mengangkat pukat yang ditahan pagi tadi. Siang kian tua. Hari bakal berganti dengan malam. Garis cahaya di ufuk barat sedikit menyilaukan mata. Tetapi amat indah untuk dihargai. Untuk ditatapi. Rambut nipis Qalish disapa angin sawah yang mesra. Sedikit suam. Tok Wan yang berkopiah ke sawah senyum suka. Pukatnya mengena. Dia melangkah tenang ke arah Qalish sambil menyuakan pukat yang berisi ikan sepat dan haruan itu. Qalish menyambut dengan girang.  Tok Wan duduk di sampingnya. Dia menghembuskan nafas lega. Hari-hari tuanya memang agak meletihkan.
“Qalish Attar nak jadi apa bila besar nanti?” lembut sahaja pertuturan Tok Wan. Seluar Tok Wan ditarik sedikit dan dia menarik lutut ke paras dada. Tangan pula memeluk kedua lutut sendiri longgar. Qalish yang bersandar pada pokok kelapa memandangnya dengan senyum.
“Entahlah Tok Wan. Qalish ingat nak jadi doktorlah, Tok Wan,” nada suaranya tidak yakin betul. Bagai dia pun keliru dengan pilihan hidupnya nanti.
Tok Wan lepaskan nafas perlahan. Air liur ditelan sebelum memulakan bicara. “Nak tahu tak, dulu Tok Wan belajar di luar negara. Ayah Tok Wanlah yang nak sangat Tok Wan ke sana. Katanya, belajar di tempat orang, lebih baik. Kita belajar budaya orang. Belajar mengenal orang. Belajar mengenal dunia. Biar mata kita terbuka luas. Dan biar kita tahu, setara mana diri kita jika nak dibandingkan dengan tuhan yang Maha Kuasa itu,” Tok Wan berkata panjang lebar.
Qalish Attar pandang muka Tok Wan dengan teruja. “Tok Wan belajar di mana? Australia? Amerika Syarikat? London? Mekah?” soalan bertubi-tubi Qalish Attar menyebabkan Tok Wan ketawa berdekah-dekah. Apalah anak kecil berumur 6 tahun ini tahu apa itu luar negara. Semua yang ada di minda hanyalah New York, Amerika Syarikat, dan lain-lain Negara barat. Kalau Negara Islam pula, mungkin Mekah dan Madinah sahajalah yang dia tahu.
Tangan kiri Tok Wan mencapai ubun Qalish alu diusapnya perlahan. Cucu sulungnya itu amat manja dengannya. Cucu yang baik, tapi sayang, pemikiran anak muda dewasa ini sudah diracun dengan kemegahan barat. Kalaulah mereka tahu keagungan empayar Islam suatu tika dahulu. Kalaulah mereka mendalami sirah Al-Fateh. Kalaulah mereka meladeni kisah Al-Ayubi.
“Tak, cu. Tok Wan pergi negara lain. Negara tu banyak pasir, sebab ada di tengah padang pasir. Negara tu kadang panas, kadang sejuk. Kalau panas, lagi panas dari bersawah, kalau sejuk, mulut berasap macam makan sup ayam tok masa panas!” ketawa pecah di tengah suasana damai itu.
Tok Wan sambung lagi, “di sana ada ramai ulamak yang hebat-hebat. Semua janggut panjang-panjang macam Tok Wan. Tapi, mereka lagi pandai dari Tok Wan. Kalau baca Quran, semua orang menangis. Kalau cakap arab, lagi pandai dari Tok Wan. Masiid pun banyak,” terang Tok Wan.
Mata Qalish galak memandang Tok Wan. Seakan begitu teruja sekali anak kecil itu. “Di sana semua orang pandai baca Quran ke? Macam Tok Wan?” Qalish Attar dia bertanya lagi.
Tok Wan angguk sambil tersengih melihat rasa ingin tahu yang membuak dalam qalish. “kalau qalish nak jadik doktor, Qalish Attar kena belajar rajin-rajin. Biar dapat belajar di luar Negara. Biar Qalish banyak pengalaman, macam Tok Wan,” Qalish Attar sengih sahaja mendengar kata-kata Tok Wan.
“Tok Wan, Qalish tak jadilah nak jadi doktor. Qalish pun nak pandai mengaji macam Tok Wan jugak. Dulu Tok Wan belajar di padang pasir, kan? Nanti bila Qalish dah besar, Qalish pun nak pergi jugak,” ujar Qalish Attar, semangat.
Tok Wan ketawa besar. “Bukan padang pasirlah. Di Mesir. Mesir tu dekat padang pasir. Panas. Betul ke Qalish nak pergi sana? Nanti menangis nak abah dengan ibu,” sakan Tok Wan menyakat.
“Apa susah, nanti Qalish ajaklah abah dengan ibu sekali,” ujar Qalish, selamba. Mereka ketawa bersama-sama. Azan maghrib pun berkumandang.
***


Amir mengangguk perlahan. Biarpun kisah ini telah sering didengarinya, dia tidak pernah bosan. Kebetulan dia terjaga dua jam sebelum pesawat tiba di Kuwait untuk transit penumpang, maka dia menemani Qalish yang terjaga lebih awal darinya berbual.
Amir menggeliat. Perjalanan selama lapan jam itu melelahkan dia. Masakan tidak, inilah kali pertama dia menaiki kapal terbang. Kalau tidak mendapat tajaan Zakat Selangor, pasti dia tidak merasa semua ini. Siapa sangka dia dapat melanjutkan pelajaran ke Mesir seusai menyudahkan STAM di sekolah dahulu? Benarlah, tuhan yang mengaturkan baik buruk hambaNya.
Mereka tiba di Kuwait jam 6 pagi. Setibanya di sana, mereka bergegas mencari surau. “Lau samaht, aina musolla?” soal Qalish kepada seorang petugas di situ. Sedikit kekok berbahasa arab.
Petugas itu menuding jarinya ke satu arah. “Syukran,” Qalish mengucapkan terima kasih dan berlalu. Pelajar-pelajar yang lain masih berserakan di ruang menunggu tanpa hala tuju.
Setelah solat Subuh ditunaikan, mereka bergerak mencari restoran. “Jom kita ke kafe tu, ada wifi. Boleh online kejap,” ajak Amir. qalish setuju. Mereka bergegas mencari tempat duduk yang kosong. Laptop masing-masing dibuka. Seperti biasa, laman Facebooklah yang akan dibuka. Qalish pula menghantar pesanan ringkas kepada ibunya bahawa dia selamat tiba di Kuwait. Lagi 6 jam, pesawat ke Mesir akan berangkat pula.
qalish attar lantas menulis status baru di laman Facebook. “Alhamdlillah. Currently at Kuwait. Do pray for us selamat dunia akhirat.”
Bunyi ‘buzz’ di ‘Yahoo Messenger’ mengganggu. Teguran dari Safiyya Nur Humairah.
Safiyya_Nurhumairah: Assalamualaikum. Ok tak flight tadi?
Qalish_Attar: waalaikumussalam. Alhamdulillah ok je.
Safiyya_Nurhumairah: Oh.. Ana doakan anta selamat, ya? Sekarang pukul berapa di sana?
Qalish_Attar: sekarang pukul 7 pagi.
Safiyya_NurHumairah: Oh..
Qalish Attar..kenapa macam hambar je.
qalish ok tak?
Qalish serba salah. Mahu jujur tapi nanti takut ada yang terluka. Bukan niatnya mahu melukakan hati sesiapa. Lagi-lagi insan sebaik Safiyya Nur Humairah.
Safiyya_NurHumairah: Buzz!!!
Qalish Attar?
Qalish_Attar:ye ana kat sini

Safiyya_NurHumairah: anta ok tak ni?
Qalish mengeluh lagi. Amir yang duduk di sebelah faham apa yang qalis runsingkan. “Yalla, Qalish Attar Berterus-terang lebih baik dari terus berdiam. Kulil haq walau kana murran. Berkata yang benar biarpun pahit,” Amir menyampuk tiba-tiba.
Qalish Attar mengeluh berat. Qalish tak mahu hati Safiyya terluka. Benar, dia memang sayangkan bakal penyejuk Jannatull Ajia Safiyya Nur Humairah. Tapi, buat masa ini, ada yang lebih penting dari mengejar cinta duniawi.
Qalish_Attar: Wahai..Safiyya Nur Humairah?
Ana nak tanya sikit, boleh?
Safiyya_NurHumairah: tanyalah..=)
Qalish _Attar: boleh tak kita hentikan semua ni? Maaf, jujur, cinta ana bukan lagi pada anti.
Safiyya_NurHumairah: ana tahu. Cinta anta pada ummat. Sama macam ana..=)
Qalish _Attar: bagus anti faham. Tapi  cuba anti buktikan dengan perbuatan pula. Anti tak faham bahawa ana tak mahu lagi anti terus menerus begini dengan ana. Seakan bermain dengan angan-angan yang tak tahu bila akan jadi kenyataan. Bahkan, kita pun tak pasti bolehkah jadi kenyataan.
Safiyya_NurHumairah: baik. Tapi ingat, ana akan tunggu anta sampai bila-bila. Ok? =)
Qalish_Attar: tolonglah Safiyya. Tolonglah jangan tunggu ana. Macam mana kalau kita tiada jodoh? Kalau ana mati ke, atau ana dijodohkan tuhan dengan orang lain?
Safiyya_NurHumairah: tapi anta dah janji.
Qalish_Attar:da. Safiyya Nur Humairah, ini semua bukan prioriti. Kalau anti terus nak menunggu ana, dan ana menunggu anti, maka fikiran kita akan terganggu. Saling merindu. Sedang banyak lagi tanggungjwab sebagai pemuda yang sedang menunggu.
Safiyya_NurHumairah: anta nak mungkir janji. Sampainya hati! Ana akan terus menanti anta sampai bila-bila. Ana takkan terima pinangan sesiapa pun kecuali anta.
Qalish _Attar: be rasional, Safiyya. Cinta ana sekarang hanya pada perjuangan. Ana tiada masa untuk memikirkan anti atau sesiapa pun. Harap anti mengerti. Mungkin kalau kita berjodoh, kita berjumpa. Kalau tidak, itu adalah aturan tuhan yang terbaik untuk kita.
Safiyya_NurHumairah: Mesir dan sungai nil itu jodoh…
Qalish_Attar: sudah-sudahlah Safiyya Nur Humairah…
Safiyya_NurHumairah: ana akan tetap menanti Qalish Attar Kerana ana adalah Mesir.
Qalish_Attar: cukuplah tu…
Safiyya_NurHumaira: dan apalah Mesir tanpa Sungai Nil..
Qalish_Attar: anti layak mendapat yang  lebih hebat daripada ana.
Safiyya_NurHumairah: kenapa pelu anta mainkan perasaan ana begini? Ana tak sekuat itu untuk menahan tangis.
Qalish_Attar: kita tiada ikatan yang sah. Jangan ikatkan diri kita dengan ikatan yang tidak sah. Tidak pasti. Kelak rasa cinta yang murni itu akan dibenci tuhan.
Safiyya_NurHumairah: …
Qalish_Attar: sudah-sudahlah,Safiyya Nur Humairah. Letakkan perjuangan cinta pertama kita. Itulah cinta ana sekarang. Dan mungkin bila tiba masanya nanti, ana perlukan teman sejati untuk menemani hidup ana dalam berjuang. Kalaulah kita berjodoh suatu hari nanti, marilah sama-sama melayakkan diri kita. Kerana janji tuhan itu jelas, safiyya Nur Humairah. Orang mukmin itu untuk orang mukmin yang baik-baik. Sebelum sampai saat itu, cinta ana hanya pada perjuangan. Ilmu. Maaf kalau ana ada menyakiti hati enti. Jujur, memang hati ana suka pada anti. Tapi bukan itu yang ana utamakan sekarang. Andai kita tak berjodoh, maka itu yang terbaik untuk kita.
Tiada balasan. Diam. Khali.

Qalis-Attar: safiyya Nur Humairah?
safiyya_NurHumairah: ana faham. Maafkan ana.
Qalish_Attar:maaf kalau ana buat anti sakit hati ke ape, ye?
Safiyya_NurHumairah: tak. Bukan salah anta. Salah ana. Ana terlalu leka mengejar yang ilusi.
Qalish_Attar: ana doakan yang terbaik untuk kita. Biarpun sesiapa.
Safiyya_NurHumairah: syukran. GTG. Salam.
Air mata safiyya Nur Humairah tiada dapat dibendung lagi. Kacau gelora di jiwa tiada tertahan lagi. Maka perbualan yang memedihkan itu harus dihentikan.
Qalish menghembus nafas lega. Meski berat, tapi dia berjaya mengungkapkannya. Dia tak mahu Safiyya terus hanyut dalam angan-angan yang tidak jelas masa depannya, biarpun dia sungguh cintakan gadis itu. Biarlah. Cintanya kini hanya pada perjuangan. Kerana itulah pemuda yang sebenar, kata Tok Wan. Pemuda Islam yang sebenar tidak hanyut dengan cinta fana semata, kerana dia tahu bila masanya akan tiba untuk dia berteman, dalam menempuh badai perjuangan.
Nun jauh di Malaysia, air mata Safiyya mengalir tiada berhenti. Seakan hanya air mata itulah yang menemaninya kini. Dia pasrah. Redha dengan pilihan qalish, kerana apa yang dikatakan Qalish itu betul belaka. Dia yang terlalu leka dengan perasaan selama ini, hingga lupa ada cinta yang jauh lebih besar untuk dikecapi. Cinta ilahi. Dalam diam, dia berazam untuk menjadi wanita yang layak memiliki teman yang sempurna akhlaknya. Mungkin Qalish Attar, mungkin yang lebih baik dari dirinya. Air mata dikesat lalu dia bergegas mengambil wudhuk untuk solat taubat.
Di Kuwait pula, Qalish Attar tenang membaca Al-quran. Biarlah kisah cinta itu disimpan diam-diam dalam hati. Biarlah rasa cinta itu dipendam sampai tiba masanya nanti. Kerana cintanya hanya satu kini, mengejar cinta hakiki.
SMS dari ibu mematikan bacaan Qalish Attar. Ibu berdoa agar semuanya berjalan lancar. Qalish senyum dan membalas dengan ucapan terima kasih. Bacaannya sebentar tadi disambung semula.

tabahlah kalian. cintai perjuangan dahulu, barulah cinta yang lain menyusul, ya!)
PS:kisah ini tiada kena mengena dgn hidup mahupun yg sudah meninggal.semuanya atas rekaan semata-mata..
assalamualaikum.
.


Jumaat, 27 April 2012

hidup sebagai Doctor..


Share
Assalammualaikum..salam Cinta pada maha pencipta dan kekasih-kekasihnya,salam sayang pada ibu ayah dan adik beradik,salam rindu bt malaikat kecil "Muhammad Afif Iman" 1 year (maruah keimanan),salam ceria buat sahabat2...



Kami merupakan seorang pelajar perubatan. Dahulu, kami jua sama macam anda semua. Ada ayah, ibu yang amat inginkan kita menjadi seorang doktor. Ada cikgu di sekolah yang amat berharap kami menjadi seorang doktor. Ada cita cita yang sememangnya mahu menjadi seorang doktor. Semangatnya kuat, tinggi. Mungkin  kerana ketika itu, pelajar pandai spm 13 A sudah tentu satu sahaja cita cita adalah menjadi doktor. Bak kata, doktor adalah kerjaya yang terhebat dibumi malaysia. Oh. Dr sudah tentu glamour kan. Banyak duit. Kawan kawan pula bercerita , menurut surat khabar the star, kerjaya yang paling rakyat malaysia percayai adalah doktor mengatasi ulamak, tokoh politik dan sebagainya. Nak jadi doktor sebab doktor banyak duit. Nak jadi doktor sebab nak tolong orang susah. Saya ada pengalaman keluarga sakit. Saya tak dapat nak tolong kemudian meninggal. Sedih. Dari situ saya impikan nak jadi doktor. Oh. Dan macam macam lagi alasan yang boleh diberi untuk menjadi doktor. Hakikatnya. Tidak sebegitu. Kalau memang anda mahu menjadi seorang doktor, dengarlah apa yang ingin kami kongsikan bersama adik adik semua
Hari ini, saya ada chat dengan seorang kawan. Dia bekas pelajar sains komputer. Sekarang bekerja disebuah bank terkemuka dengan gai sekitar 3 ribu. Alhamdulillah. Bagus. Dia bercita cita mahu menyambung sampai peringkat doktor falsafah. Bagus.Ada cita cita besar. saya cakap bagus la dah kaya. Pastu dia kata , kamu lagi kaya jadi Dr.
Best ke jadi doktor? Kaya ke dengan jadi doktor? Seronok ke? Hebat ke ada title Doktor? Mari saya mahu bercerita. Mahu jadi doktor, anda kena korbankan masa anda yang cukup banyak. Nak kena ‘study’, belajar banyak benda. Tahun pertama : anatomi, physiology, biochemistry. Second year anda kena belajar microbiology, pathology, forensic medicine, pharmacology. . ok. Tahun 3 pun ada lagi ,padietric. opthalmology, orthopedic, ear,nose and throat (ent).Tahun 4, anda kena belajar medicine, surgery, ,obg, psychiatric, community medicine Tahun 5 pun sama. Tahun 5 habis degree. anda bergelar dr. oh! tak habis di situ. anda akan ada housemanship pula. masa inilah adik adik akan dilatih menjadi seorang doktor. Masa ni la kalau adik adik nak kena marah. Masa ni la kalau adik dibawah supervisor yang garang garang, Adik akan dimalukan dengan semahu mahunya oleh bos adik adik. Ok. Habis 2 tahun jadi HO. Adik dah jadi doktor sebenar. Tak habis lagi. Takkan adik adik nak jadi Dr biasa sampai tua. Rugi. Tak kemana. Adik adik akan jadi senior doktor yang gaji naik sikit sikit. Sudah tentu adik adik nak jadi kaya. Kena sambung belajar lagi. Buat master. Jadi doktor pakar. Berapa lama. Mungkin selama 4 tahun. jadi doktor pakar pulak. Emm. Bak kata belajar seumur hidup. Sanggupke? Kalau sanggup alhamdulillah. Kalau tak nak belajar dah, jadi senior doktor biasa. Jangan marah kalau adik adik dihantar kehulu kampung ok. Kena redha.
Tak habis disitu. Belajar tahun satu, tahun kedua lupa. Belajar tahun ketiga, benda di tahun kedua lupa. Kena ‘revise’ semua. Sebanyak mana pelajaran yang abang kata tadi. buku huih kalau belajar kat India ni, balik Malaysia boleh buat library buku perubatan yer adik adik. Banyak. Pergi hospital, lecturer tanya, ni kalau patient macam macam ni, apa diagnosis dia. Oh tak tahu. Oh lupa. Oh cikgu tahun dua tak ajar. Oh saya tak baca lagi. Oh tak tahu. Nanti dr marah. Kenapa kamu tak belajar. semalam kamu gi shopping. saya nampak. Kalau patient ni mati sebab kamu macam mana. sebab kamu tak tahu macam mana nak diagnose. Apa rawatan dia kamu tak tahu. Sanggup ke kena marah macam tu depan kawan kawan. Depan patient. Kena halau kelas sebb tak mampu  jawab apa Dr tanya. Jangan datang kelas kalau malas membaca.  Oh ada lagi. Hari ini dapat sms. 5 minit lagi ada examination. Sila datang cepat cepat. Macamana kalau hari tu anda lupa nak bawa handphone? Gagal la exam hari itu.
Oh,.bukan itu sahaja..niat di hati bukan mahu menakutkan kalian... cuma ingin berkongsi ..kalian.. Sanggup ke tengok darah? Sanggup ke belajar anatomi dengan mayat yang dah 5 atau 6 tahun diawet. Sanggup ke bau formalin yang busuk. Sanggup ke belajar dengan mayat, kaki yang dipotong, badan yang dipotong, ada tulang kering kat rumah, pergi autopsy tengok mayat bersih yang baru mati dipotong dengan mechine, dengan playar. Organ organ dalaman yang dikeluarkan semacam nak kerat isi dan organ ayam. Kepala yang di kerat menggunakan gergaji macam nak kerat pokok. Oh macam macam adik adik akan rasai nanti
Apa nilai yang ada disebalik semua ini. Seronok ke nak jadi doktor. Seronok ke kena marah? Kena herdik tak pandai? Tak tahu nak jawab? Seronok ke terpaksa berada dihospital 72 jam tak balik? Seronok ke terpaksa tidur dihospital meninggalkan suami, isteri tercinta, anak anak kat rumah? Orang beraya, adik adik beraya dihospital. Seronok ke semua itu semata mata nak kejar glamour? Semata mata nak dapat duit banyak? Andai wang yang dicari silakan jangan lagi ingat untuk jadi seorang doktor. Andai glamour yang dicari, silakan lupakanlah title doktor. Tiada yang indah bukan.
Salah. Ada yang lebih indah bila anda mahu menjadi seorang doktor. Ada. Bukan tiada.Disebalik semua itu. Adik adik akan mengerti. Nyawa seorang manusia itu apa nilainya. Adik adik akan mengerti mengapa asyik kena marah. Mengapa kena baca buku. Mengapa kena tahu semua benda. Mengapa kena berkorban. Nilai satu nyawa itu. Apa perasaan andai ada patient didepan mata. Kita seorang dr, tak mampu buat apa apa hanya menanti malaikat sakaratul maut datang mencabut nyawa. Sedih sangat sangat. Penderitaan seorang ayah yang sedang terlantar. Ibu yang sedih melihat anak yang baru dilahirkan cacat. Sakit. Menyentuh perasaan. Nenek yang tahu bercerita kisah hidup, ditinggalkan anak2 kerana terlantar sakit.
Andai betul betul mahu menjadi doktor, silakan. Selamat berjaya dalam perjalanan yang cukup panjang. Pasti segala cubaan akan anda tempuhi. Usah risau. Anda pasti akan berjaya. Yang penting, kukuhkan kekuatan anda. Redha dengan apa yang akan anda lalui. Sukar mahupun senang. Selamat berjaya. Lupakan kemewahan. Pasti diakhirnya anda akan berjaya menjadi seorang doktor cemerlang. Kemewahan dan title  akan berkunjung tiba...
buka mata..buka hati..
dan perhati...


assalammualaikum....

Khamis, 26 April 2012

7 petala CInta


Assalammualaikum Cinta

Waalaikumsalam Rindu


Duhai bakal imamku
Jangan biarkan hadirmu sekejap mata
dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara

Sesungguhnya
Jika tidak kerana kurniaan Allah dan rahmat dari-Nya
nescaya tidak ada seorang pun daripada kamu yang bersih
Iaitu bersih daripada perbuatan keji dan mungkar selama-lamanya
Mendalam sungguh cinta Allah kepada hamba-Nya

Sebab itulah Cinta bukan MELEMAHKAN tapi MENGUATKAN
dan Cinta juga bukan MENYEDIHKAN tapi MENGGEMBIRAKAN kita..
Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi ada 7 petala cinta

Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku
Tiada yang lebih baik daripada pilihan Tuhan
Mungkin kebaikan itu bukan pada yang terpilih

Tetapi pada jalan yang Kau pilih
Semoga Cinta ini bukanlah sebuah nasib..

Selasa, 24 April 2012

Doa Dapat menugubah TAKDIR..

Assalammualaikum...


Hidup penuh dengan cabaran.Seringkali frasa ini diperkatakan dari mulut ke mulut,tidak kurang juga dari bisikan hati manusia yang penuh dengan kekecewaan dek ketidakadilan duniawi.“Hidup harus diteruskan,walau seteruk mana pun keadaan kita”.Di sana sini,rakan-rakan rapat,sahabat handai serta ahli keluarga terdekat masih tidak jemu memberikan sokongan dan meniupkan semangat yang hampir terpadam.Tetapi bak kata pepatah “Berat Mata Memandang,Berat Lagi Bahu Memikulnya”.

Jika ini terjadi,kembalilah kepada fitrah manusia.Jika ini terjadi,jangan biarkan ia berterusan.Jika ini terjadi,berdoalah kepada Yang Maha Mendengar.Allah SWT lebih mengetahui segala apa yang tidak diketahui oleh hambaNYA.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah Ayat 30:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”

Kita tidak mampu mengubah benda yang lepas tetapi percayalah bahawa kita mampu mengubah benda yang bakal terjadi dalam hidup kita di masa hadapan.Manusia adalah makhluk yang paling cantik,manusia adalah makhluk yang paling sempurna dan manusia juga adalah makhluk yang paling hebat ciptaan Allah SWT.Lebih hebat dari para malaikat yang bercahaya gemilang,lebih hebat dari para jin yang tidak bisa dilihat dengan mata kasar,apatah lagi jika dibandingkan dengan iblis dan syaitan yang penuh kesesatan.Sesungguhnya,manusia sangat hebat!

Setiap yang terjadi kepada setiap manusia yang diciptaNYA mempunyai sebab musahab yang tertentu.Tidak diciptakan Allah SWT seorang anak Adam itu jika tanpa tujuan.Merekalah khalifah yang selayaknya untuk memerintah alam semesta seiring dengan rujukan ilmu Al-Quran dan Hadis yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada para utusannya,iaitu para nabi pilihan Allah SWT.

Kita sering merungut dengan keadaan diri kita yang tidak sesempurna orang lain.Lebih selesa merasakan yang kita tidak sebertuah orang lain.Tidak sekaya orang lain.Tidak secerdik orang lain.Kita kadang-kadang jemu dengan permainan dunia tanpa menyedari bahawa kita diciptakan di dunia ini adalah untuk mengumpul bekalan hidup yang kekal selamanya di akhirat kelak.Akibat daripada perasaan bosan dan jemu yang berpanjangan ini,kita lupa tentang tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT.Maka,timbullah soal,
“semuanya takdir”,
“apa boleh buat,sudah tertulis di Loh Mahfuz,ikut qada’ dan qadar sajalah”
dan
“dah nasib!”

Hari ini,kita masih lagi tidak memahami konsep sebenar takdir serta qada’ dan qadar Allah.Hanya sesetengah sahaja yang sudah memahami maksud TAKDIR dengan sepenuhnya.Memang,kita sebagai khalifah di muka bumi ini tidak dapat menyangkal bahawa setiap yang berlaku adalah takdir daripada Allah SWT.Tetapi kita sering tersalah anggap bahawa apa yang telah ditakdirkan kepada kita tidak dapat diubah.Ia tidak akan berubah kerana sudah tertulis di atas ‘sana’,kun fa ya kun.Itu memang benar dan sahih.Tetapi lupakah kita bahawa takdir dapat diubah dengan doa?Inilah yang dikatakan dengan “The Power of Doa”.

Berita gembira buat semua makhluk Allah SWT di muka bumi ini,anda masih mempunyai peluang untuk mengubah takdir anda.Tiada yang lain dapat anda lakukan,melainkan berdoa kepada Allah SWT.Sesungguhnya Allah SWT mendengar setiap rintihan sayu hamba-hambaNYA yang meminta.Bahkan,Allah SWT ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-hambaNYA kerana Allah SWT terlalu menyayangi kita.SubhanaALLAH,masih tidak sedarkah kita lagi dengan kasih sayang dan cinta yang ditawarkan olehNYA?Terlalu mendalam,lebih hebat cintaNYA jika dibandingkan dengan cinta seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 186:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu,maka hemdaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran”

Dan Allah SWT berfirman lagi di dalam surah Al-Mukmin ayat 60:
“Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu”

Kadang-kadang,kita sering tertanya-tanya mengapakah doa kita masih belum dikabulkan walaupun kita sudah kusyuk dan tawadduk semasa berdoa?

Antara sebab-sebab doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah SWT adalah kerana :
Pertama: Kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan suruhannya.
Kedua: Kamu menyangka kamu cintakan Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan  sunnah.
Ketiga: Kamu membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan isi kandungannya.
Keempat: Kamu telah makan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam:kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Ketujuh: Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak menjauhinya.
Kelapan: Kamu telah berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
Kesembilan: Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa akan keaiban diri sendiri.
Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.

Rasulullah juga bersabda:
“tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu imam (pemerintah) yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi yang diangkat doanya oleh Allah tanpa ada sebarang kabus pada hari akhirat dan dibukakan pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “demi dengan kemuliaanku, aku akan member kemenangan kepadamu walaupun selepas satu jangka masa” – Riwayat Ibn Majah dan Al-Tirmizi.

Rakan-rakan yang disayangi sekalian,kadang-kadang Allah SWT tidak mengabulkan doa-doa yang dipinta oleh hamba-hambaNYA kerana DIA mahu memberikan yang lebih baik berbanding dengan apa yang dihajati oleh mereka.Kerana DIA tahu apa yang terbaik buat kita umat manusia.Dan kadang-kadang,Allah SWT sengaja melambatkan tempoh untuk mengabulkan doa kita.Kenapa?Kerana,DIA mahu melihat sejauh mana kesungguhan dan sedalam mana sifat sabar hamba-hambaNYA dalam meminta sesuatu daripadaNYA.

Maka,sebagai manusia yang terlalu banyak sifat kelemahan pada diri sendiri,kita haruslah sentiasa beristiqamah dalam setiap doa.Berdoalah tanpa ada sifat berputus asa kerana orang yang mudah berputus asa adalah orang yang rugi dalam kehidupannya.

10 waktu yang sesuai untuk berdoa :
1. Ketika hujan.
2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)
4. Antara azan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)
5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6. Ketika sujud dalam solat.
7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9. Sepanjang hari Jumaat.
Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Pesanan daripada ayahanda tercinta saya kepada puteri tunggalnya ini :
“Antara salah satu sebab Allah SWT tidak mengabulkan doa-doa kita adalah mungkin ia bersangkut-paut dengan aurat kita.Kerana,kadang-kadang kita merasakan bahawa kita sudah cukup sempurna dalam menutup aurat.Tetapi di pandangan Allah SWT,masih ada lagi bahagian yang tidak kita sedari bahawa kita belum menutupnya dengan sempurna.Mungkin kerana itulah doa kita belum ‘sampai’ kepadaNYA”.

Wallahualam…

Ahad, 22 April 2012

kalau enti ana taqdim dahulu..



Assalamualaikum.
Duhai Muslimah, tujuan ana menaip surat ini adalah untuk menggambarkan perasaan ana kepada enti selama ini. Walaupun surat ini tiadalah akan sampai ke pengetahuan enti, tetapi sekurang-kurangnya, dapatlah ana luahkan perasaan yang terbuku ini pada sesuatu.
Muslimah, sebelum surat ini ana campak ke dalam sungai nil, seperti yang pernah dibuat oleh Utusan Khalifah Umar dahulu, ingin ana coretkan serba sedikit isi hati ini. Rasa ini berputik tatkala mata kita bertemu untuk pertama kalinya. Ya, mungkin kerana itulah nabi menyuruh kita menundukan pandangan. Tapi saat berdepan dengan enti, seperti kaku tubuh ini. Tidak bisa ana tundukkan pandangan, mahupun berganjak.
Enti tahu, kita sudah pun kenal lama. Cukup lama untuk membuatkan cinta ini terus berkembang mekar. Cukup lama untuk ana tekad dengan isi hati ini. Tidak tegar rasanya dibiarkan pendam begini.
Dan akhirnya terluahlah. Ana masih ingat, tarikh keramat itu. Bulan Ogos tahun lepas ana kira sangat menguji ana, apabila enti mengambil sikap berdiam diri dari menjawab isi hati ini. Tak pernah ana sangka selama ini, dengan tarbiyyah di sekolah dahulu yang ana kira cukup untuk membenteng hati dari segala maksiat, akhirnyya ana hampir-hampir lumpuh. Lumpuh kerana cinta yang tiada kesampaian.
Dan dalam lumpuh itu, kawan enti memberitahu bahawa enti juga mempunyai rasa yang sama. Kalaulah enti tahu bagaimana berbunganya rasa hati ana ketika itu.
Ana cuba jejaki enti di laman Facebook, malang sekali kerana enti mengelakkan diri dari membuat sebarang akaun di situ. Lantas, sebulan sekali ana mengambil langkah menghantar emel kepada enti. Sekadar teguran sapa biasa, mendoakan kita saling hidup dalam keberkatan. Sedang hati kecil kita sendiri tahu bahawa bukan keberkatan yang kita tuju.
Muslimah, hari berganti hari. Saat bergerak pantas meninggalkan kita lena dalam perasaan cinta fana. Ana masih kekal orang yang dulu. Yang punya cita-cita, yang punya jawatan, yang hebat bersuara di universiti. Cuma yang ada sekarang adalah harapan. Tetapi malang harapan itu datang dari cinta yang tidak suci. Malangnya baru hari ini ana sedar, bahawa cinta kita tidaklah berpaksi pada ilahi.
Setahun pun menjengah.  Enti telah berubah. Ana juga begitu. Masing-masing bagai melarikan diri. Pasak-pasak cinta dalam hati ana masih cuba sirami dengan iman. Biar tidak membiak ganas di halaman hati. Kerana itu enti tiada ana hubungi lagi. Biar lapang hati kita. Biar terbuka untuk Rabbi.
Muslimah, dalam terputusnya hubungan kita itu, ana merancang. Tapi benarlah firman-Nya yang bermaksud,
“Kalian merancang dan tuhan juga merancang. Sesungguhnya tuhan itu sebaik-baik perancang.”
Dan detik hitam itu pun tiba. Tidaklah ana menyangka enti akan menerima pinangan. Allahu Rabbi.  Saat itu gelap rasa dunia. Rasa berkecai kacau jiwa. Manca rasa bergolak di hati. Dan ana kecewa, kerana enti tidak sempat ana taqdimi.
Khabarnya Muslimah, tunanganmu itu bukan orang biasa-biasa. Seorang pelajar lulusan Yaman yang katanya hafiz Al-Quran, malah berhujah menggunakan ilmu. Khabarnya lagi, ilmunya itu segar dan luas, dan dari cerita-cerita itu, ana tahu, dia adalah bakal ulamak baru di tanah air kelak.
Dan siapa ana ketika itu? Hanyalah seorang pemuda yang kian kabur cita-citanya, hanya kerana cinta.
Sebenarnya, ana sendiri patut bersyukur. Pernah sekali ana berdoa di hening malam, mengharapkan kita dijodohkan, atau dikurniakan yang lebih baik. Alhamdulillah, enti sudah bertemu jodoh yang lebih cocok daripada ana. Kini tinggal ana pula. Gilirannya belum tiba tapi tidak akan pernah usai menanti.
Ya, Muslimah, hati ini sedikit kecewa. Kerana cinta manusia kita dahulukan. Ini yang terbaik buat kita. Biar kita tahu, cinta tuhan itu tiada tolok bandingnya. Andai kata tuhan tidak mencintai enti, Muslimah, masakan dia kurniakan enti calon suami yang terbaik begitu?
Allahu Rabbi. Doakan ana kembali ke pangkal jalan yang sebenar. Mabuk cinta dunia ini hanya mengkhayalkan, jika tidak kita landaskan ke jalan tuhan.
Allahu Rabbi. Ana doakan kalian bahagia. Sungguh, ini ikhlas dari jiwa raga yang pernah ana buka untuk cinta kita. Sekarang biarlah ana menyendiri mencarik cinta yang sejati. Bukan angan-angan anak muda lagi, bahkan menjadi pemuda yang teguh untuk agama.
Terima kasih, cinta. Terima kasih, Muslimah. Kerana kalianlah yang melahirkan ana sebagai pemuda cekal kelak.
Kalau enti ana taqdim dahulu, siapalah kita sekarang. Mungkin masih pemuda muslim dan muslimah yang kekal leka, dan entah bila akan sedar. Allahu rabbi. Entah berapa ramailah yang telah buta kerana cinta seperti kita. Moga mereka bertemu hidayah kelaknya, insyaAllah.
Wassalam.



oklah..ckup rasenya untuk malam ni..
jum..kita sama2 buka mata..buka hati dan perhati..:)
semoga kalian semua di Rahmati..selamat malam.:)

Find the Goodness in People, Not Faults


Find the Goodness in People, Not Faults


In the name of Allah, the Ever Gracious, Entirely Merciful
Well, believe it or not, dear brothers and sisters, it has been a full solid week since my previous post. And to be completely honest, it really scares me how fast time flies.
Anyways, for this week’s post, I feel compelled to write about a topic that I believe a lot of us can relate to.
Okay, let me give you a few simple situations.
situation 1: Have you ever had to work with a person whom is so pessimistic, always finding faults of others, and thinks he/she is the most perfect being in this world?
situation 2: Have you ever judged negatively of another person by a “first impression”? Is it right or proper for you to do such judgement without even getting to know that other person?
did you know that;
as muslims, this negative behaviour is strongly frowned upon?
I find great pleasure in reminding you, dear brothers and sisters, that the heart of every Muslim is filled with love for the last Prophet Muhammad (p.b.u.h) and this love of the Messenger of Allah is an asset for him. Love and respect of a person depends on the benefits we get from him.
Therefore, what are the benefits that we have attained from our beloved Prophet’s teachings?
Prophet Muhammad (p.b.u.h) taught us through his perfect character to;
  • be a cheerful person
  • optimistic
  • never criticize others
If we truly love our Prophet, then, we will do our ultimate best to follow his footsteps. Our dearly missed and beloved Prophet Muhammad (p.b.u.h) was not a fault finder, nor did he overly praise the others.
So, next time, please think twice before you decide to judge another person negatively or find other peoples’ faults. Just try to look into the mirror and reflect upon yourself first.
Be the change, and that change starts with you!