bertatih menuju ilahi...jommm!

bertatih menuju ilahi...jommm!

Rabu, 27 Jun 2012

Anugerah Yang Amat Bermakna





Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat sahabat sekalian....


tahun 2 telah pun melabuhkan tirai beberapa hari yg lepas.teringat lagi seminggu sebelum mula cuti Masing-masing sibuk berkemas. Masing-masing "excited" nak pulang untuk berjumpa keluarga tercinta yang sudah berjauhan hampir berbulan- bulan atau lebih, lamanya. Semoga masing-masing selamat tiba...^_^.


Ada yang balik awal ada tidak balik. Yang balik awal tu sayalah. Sebab ada program yang wajib dihadiri. Kalau tak hadiri mesti rugi. Terasa "excited" jugalah nak balik. Nak tengok abah,ma,tok umi,tok abah, adik beradik dan sanak saudara yang semakin membesar. kini dah 5 hari x bersua,bergurau,x masak sama2,x tido sama2.Y__Y. Terasa sebak semacam jew..

Secara kasarnya dapat dikatakan bahawa perbezaan antara tahun 1 dengan tahun 2 sangat ketara. Pengalaman yang dilalui dalam tahun dua ini adalah satu anuegarah yang sangat berharga. Anugerah yang sangat berharga dikurniakan oleh-Nya pada tahun ini adalah teman-teman seperjuangan yang sangat dicintai. Ungkapan terima kasih sukar dilafazkan dengan percakapan. Mungkin rasa malu. Tapi mahu diluahkan dalam blog yang tak seberapa ini. Antara individu yang saya mahu berterima kasih untuk tahun 2  ini adalah:

Insaniah

Individu yang sangat unik,teman sebilik dan sekatil juga.. sukar nak diramal dan baik hati. Mengenali sahabat ini dari tahun 1 satu lagi sebab "housemate". Pergi mana-mana pun mesti sekali. Mungkin disebabkan kos sama. Banyak memberi perubahan dalam hidup ini salah satunya orang membawa saya seperti ini kearah jalan ini. Pengaruh daripada sahabat inilah. Kalau tahun satu dulu mungkin banyak kalilah berselisih pendapat tapi tahun 2 ini terasa persefahaman semakin kuat dan seperti adik beradik.setiap cerita suka dan duka dialah orang pertama yang akan tahu,beliau juga boleh mengesan jika saya punya masalah macam (scanner) plak hehe.. Mungkin masing-masing sudah memahami diri masing-masing. Sahabat ini jugalah banyak memperkenalkan kepada saya sahabat-sahabat yang lain. Dengan kata lain, dialah yang telah mengubah saya daripada seorang yang kurang berkeyakinan,pemalu dan pendiam kepada yang lebih yakin,tegas,dan bijak bercakap  . Terima kasih. Saya sayang kamu kerana Allah S.W.T.

Hafizah

Fiza. Kami bak kembar. Ada Anis adalah Fiza. Mengenalinya melalui Insaniah. Seorang yang sopan dan lemah lembut, tak mudah marah, sedikit unik dan mudah memberi kerjasama tatkala diri ini memerlukan bantuan. Teringat pertama kali kenal dulu. Masing-masing lewat pergi kelas. Berkenalan dalam perjalanan untuk kelas Pharmacology,kebetulan subjek itu subjek yang kami tidak berapa suka(sebab itu lewat pg class)^^hehe.dan kekal bersahabat sehingga kini. Mempunyai jiwa yang sangat halus, kalau duduk dengan dia memang tak akan kesunyiaan. Seorang yang komited dengan tugas dan disenangi oleh semua orang. Tahniah wahai sahabat. Saya sayang kamu juga kerana Allah S.W.T.

Ummu Aiman

Ummu bak adik bongsu dalam kalangan kami semua.dan selalu menjadi mangsa untuk kami menyakat trade mark untuk beliau ialah (Aiman x kesah).hehe. Bersemangat lebih daripada orang lain. Mudah mesra dengan orang ramai.perwatakan beliau sungguh ceria,kira kalau ada si ummu aiman ni x sunyi la..tpi klu xda dia..hmmm sunyi sungguh.. beliau Tekun membuat kerja.  Semoga terus istiqamah. Sayang kamu kerana Allah S.W.T.

Syuhada

Kalau Ummu Aiman bak adik bongsu, syuhada pula bak  kak long, Sangat matang pembawaanya. Saya komited dengan tugas yang diberikan dan mempunyai sikap bertanggunjawab yang sangat tinggi. Nak tahu buktinya?
Buktinya, apabila gagal melakukan sesuatu yang dirasa adalah tanggunjawabnya walaupun sebenarnya bukan tanggunjawabnya tapi kita boleh lihat riak wajahnya. Riak bersalah. Tutur kata yang mengendur, nada yang perlahan menunjukkan sikap bertanggunjawabnya ke atas sesuatu perkara yang gagal dilakukannya. Banyak pengalaman bersamanya untuk tahun 2 ini.  Tatkala berbicara, kami mengambil kaedah menyatukan pendapat. Kami tak pernah menyankal pendapat masing-masing sebab masing-masing adalah diri sendiri. Mungkin sebab banyak menghabiskan masa bersama menyebabkan ukhuwah terasa amat erat untuk tahun ini. beliau juga disandang jawatan sebagai naib presiden persatuan mahasiswa islam dan pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam Dan Naqibah usrah.Beliau juga banyak membantu diri ini untuk mengenali apa itu MAJLIS ILMU. Saya sayang kamu kerana Allah S.W.T

Balqis

Apa nak kata dengan sahabat yang seorang nie? Walaupun tak menghabiskan masa seperti sahabat-sahabat yang lain untuk tahun tapi sahabat ini masih terkategori dalam individu yang memberi kesan yang mendalam dalam diri nie. tahun 1, diri ini penuh skeptikal. Bagi saya kelas yang saya belajar tahun lepas tak ada seorang pun yang sekepala dengan saya. Saya salah. Inilah salah seorangnya. Mula rapat semasa program PMC. Senyum je keje. Tak pernah sakiti hati orang dan suka menolong. Kadang2 malu gak asyik dia je tolong. Tak pernah saya menyumbang jasa kepadanya. Tapi saya tahu, pertolongannya bukan mahu penghargaan. Tapi pertolongannya lahir daripada hati yang sangat ikhlas. Boleh lihat jelas di wajahnya. Terima kasih sahabat..i LuV U kerana Allah S.W.T.


Selain itu, saya juga mahu berterima kasih kepada 2 orang Naqibah saya. Naqibah chua dan Naqibah syuhada. Dua karakter berbeza, 2 cara berbeza tapi matlamat yang sama. Mentarbiyah. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan.


Akhir sekali. Minta maaf banyak-banyak atas salah silap sepanjang tahun dua.  Harap sudi memaafkan jika kesalahan mahupun kekhilafan secara terang-terangan mahupun tidak langsung. Semoga kita bertemu lagi untuk tahun 3. Insya-Allah kalau panjang umur.semoga dapat jumpa kembali di tahun 3 dan seterusnya,moga peroleh kejayaan insyaAllah. Alhamdulillah,semoga Allah S.W.T makbulkan doa kita.Syukur, terasa nikmatnya.

Rindu kaliannnnn..^^
Selamat malam~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan