bertatih menuju ilahi...jommm!

bertatih menuju ilahi...jommm!

Rabu, 18 April 2012

Rindu..

k.yati(purple),k.ina(brown),k.wahyu(white),k.ana(cream),Diana(D.brown),fizah(black),izati(purple),syahidah(white),Aishah(black) & me (Click-click)
Doa Rabitah

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah
Terjemahan:  
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”



Sesungguhnya saat artikel ini ditulis, saya sedang menanggung rindu yang amat pada semua akhawat  Helwanis yang jauh di mata, dekat di hati. Melihat gambar-gambar lama di dalam simpanan sambil mengimbau kenangan lama mampu membuat diri tersenyum, tergelak dan menangis sendiri. Berusaha mengawal hati bahawa setiap pertemuan itu akan ada perpisahannya. Mungkin kerana kami bersama untuk satu tempoh yang agak lama sebelum berpisah. Kasih sayang yang wujud tak mampu dinafikan lagi. Saya rindu segala2.
Rindu keletah mereka…
Rindu teguran mereka…
Rindu tidur bersama…
Rindu meluahkan perasaan bersama-sama…
Rindu untuk peluk-peluk…
Rindu untuk saling nasihat-menasihati…

Tarbiyyah mejana Ukhuwwah
Bukan sekadar untuk meluahkan perasaan, cuma ingin berkongsi apa yang sedang saya rasai. Saya mengharapkan inilah hasilnya bila kita berkasih-sayang kerana Allah swt. Rindu bila berjauhan. Hasil daripada tarbiyyah yang kita semua lalui. Hasil daripada hati-hati yang sama-sama berusaha untuk mengharapkan redha Allah. Hasil daripada diri yang tidak pernah jemu untuk berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah
Benarlah sepertimana yang sahabat-sahabat Rasulullah saw tunjukkan, bila tegar melalui perjalanan tarbiyyah, ukhuwwah itu akan datang dengan sendirinya. Kemanisannya hanya dirasai bagi mereka yang benar-benar ikhlas di jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Tiada rasa hasad, tiada rasa dengki, tiada rasa untuk mementingkan diri sendiri. Masing-masing berusaha mengajak kawan sekeliling untuk bersama-sama menjadi ahli syurga.
Sungguh, perasaan ini luar biasa. Indahnya tidak dapat digambarkan. Segarnya ibarat bunga yang sedang berkembang.


Tidak dinamakan Ukhuwwahfillah selagi tidak diuji
Ini juga realitinya bila kita berkasih sayang kerana Allah swt. Tidak sah jika tiada sedikit pun ujian yang melanda. Kita berusaha berlapang dada dengan kelemahan sahabat yang disayangi pada saya bukanlah perkara yang mudah. Hanya mereka yang mampu sahaja dapat melakukannya. Siapa mereka yang mampu? Mereka yang dalam hatinya meletakkan Allah dan Rasul ditangga teratas. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja realiti yang ada di depan mata. Saya yakin semua orang pernah merasai pengalaman ditikam kawan sendiri, atau dicemuh tanpa sebab. Ini adalah hasil bila hati tidak fikirkan Allah swt. Syaitan mengambil tempat kosong itu, maka mudahlah untuk tersasar.
Manusia yang sentiasa bersedia untuk berlapang dada akan sentiasa hidup dalam ketenangan. Dia tahu dimana batasnya hubungan manusia sesama manusia. Dia tahu urusan siapa untuk menilai manusia. Dia tahu bakal mendatangkan dosa jika ada hasad dan dengki ini.


Ukhuwwah juga membantu dalam memandu kehidupan ini
 Ibarat seorang buta yang sentiasa memerlukan tongkatnya untuk bergerak. Begitu jugalah manusia yang tidak akan mampu hidup sendiri. Sahabat yang baik memandu ke arah kebaikan, sedangkan sahabat yang jahat membawa ke jalan kejahatan. Manusia tidak akan pernah sempurna sehingga ke akhirnya. Unsur-unsur beginilah yang melengkapkan seseorang manusia itu. Semakin ramai sahabat yang baik di sekeliling, semakin terarah kehidupan seseorang itu kerana semakin ramai yang akan mengingatkan sekiranya lupa dan yang paling penting, semakin ramai yang menyayangi!
Doa untuk semua akhawat
Ya Allah, Kau peliharalah mereka-mereka yang saya sayangi. Kau lindungilah mereka di bawah kasih sayang dan rahmatMu. Kau tunjukilah kami jalan yang lurus. Temukan kami di dalam syurgaMU Ya Allah. Amin
Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan