bertatih menuju ilahi...jommm!

bertatih menuju ilahi...jommm!

Jumaat, 13 Disember 2013

For One More Day

   


Kadang-kadang kita pernah fikir setakat mana kehidupan kita, cuba kita renungkan..

Sahabat,
Apabila kita diuji untuk bercinta,atau mencintai,atau dicintai..
Ingatlah Allah, ingatlah laranganNya.
Ujian cinta itu luar biasa,
Yang hidup rela mati,
Yang kaya rela miskin,
Yang dizalimi rela dizalimi.
Cinta adalah perasaan yang semua manusia merasainya.Hatta Nabi s.a.w sekalipun.Lihatlah cinta baginda s.a.w pada isteri-isteri baginda.
Lihatlah cinta sahabat2 baginda pada kekasih hati mereka.Indah, bukan?

Ya. 
Indah, kerana mereka semua bercinta dan saling kasih mengasihi selepas nikah !
Kawallah hati, perbanyakkan istighfar kepadaNya.
Kerana hati kita sedang diuji, sedang diuji sama ada kita semakin mengingatiNya,
atau sebaliknya.

Mohon petunjuk dariNya. 
Cinta itu pendekat kita kepada Allah,bukan pendekat kita kepada nerakaNya.

Cinta sangat suci dan bersih asalnya. Ia menjadi kotor kerana kotoran dosa dan ma’siyyat.
Mari, buktikan cinta kita padaNya dengan menjaga CINTA !

Moga Allah redha.
 InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan